First Impressions of Earth: Eksperimen Yang Menjadi

oleh Azam Gilmour
679 views

The Strokes lancarkan album ketiga mereka, First Impressions of Earth secara rasmi hari ini pada tahun 2006, walaupun sebenarnya telah dilancarkan empat hari lebih awal pada 30 Disember 2005 di Jerman.

Tiga single dikeluarkan sempena rilisan album ini; Juicebox, Heart in a Cage, dan You Only Live Once. Penulis berpendapat, album ini menunjukkan kematangan mereka dalam penulisan lagu. Dan penulis boleh rasakan kelainan berbanding dua album mereka sebelumnya.

Mengandungi eksperimentasi dram Fab Moretti, juga guitar work yang berbeza dari Nick Valensi dan Albert Hammond Jr.

Vokalis Julian Casablancas, menulis semua lagu untuk kedua-dua album terawal mereka. Bezanya dengan album ini adalah sumbangan lagu dari Nick Valensi – Ask Me Anything, Nikolai Fraiture – Killing Lies dan Fabrizio Moretti – Evening Sun.

Pada awalnya, mereka menggunakan khidmat Gordon Raphael, produser dua album terawal mereka. Dalam masa yang sama, Albert Hammond Jr. memperkenalkan David Kahne, seorang produser yang memenangi anugerah Grammy kepada anggota lain. Kolaborasi dua produser tidak menjadi, Raphael tekad mengundur diri, dan hasilnya album ini disentuh majoriti oleh David Kahne. Kalian juga pasti rasa perbezaan dari segi bunyi jika dibandingkan dengan dua album terawal mereka.

Jika kalian membeli CD atau kaset mereka, di setiap helaian lirik setiap lagu disertakan dengan lukisan, di mana setiap lukisan itu dilukis oleh pelukis-pelukis yang berbeza, kebanyakannya adalah lukisan klasik.

Apa pendapat kalian tentang album ni? Penulis suka dari segi peningkatan bunyi album selain semua lagu yang dihidangkan kena dengan jiwa, walaupun pada awalnya merasa pelik kerana eksperimen yang keterlaluan jika dibandingkan dengan dua album terawal yang minimal dan ringkas bunyinya. Tapi, sound The Strokes tak pernah lari jauh, sebab The Strokes adalah The Strokes.

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #TheStrokes #FirstImpressionsOfEarth #AnniversaryAlbum #15thAnniversary

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati