‘Hanyut’ Dibawa Daullat

oleh Rahmat Mohd Did
2.3K bacaan

Awal Disember 2020, sebuah band post rock/ instrumental / ambience baru dari Sungai Petani, Kedah yang menggelar formasi mereka sebagai Daullat telah melancarkan single pertama mereka, Hanyut.

Dibarisi Ewans (gitar), Yuzlan (gitar), Yus (bass) dan Afik (drum), mereka menyenaraikan kugiran-kugiran popular seperti Explosion in the Sky, Mogwai, Russian Circle, This Will Destroy You serta aksi lokal seperti Damn Dirty Apes dan Deepset sebagai pengaruh dalam penulisan lagu-lagu Daullat.

Buah tangan pengenalan ini diproduksi sepenuhnya di Sangkar Sound Studio, Sungai Petani dan daripada pengamatan penulis, hasil akhirnya agak baik. Walaupun durasi lagu ini tidak panjang (3 minit setengah), namun berjaya juga membawa penulis mengelamun dan ‘hanyut’ dengan permainan mereka.

Dari segi penulisan dan struktur lagu, boleh ditambah baik lagi di lagu-lagu akan datang dengan memasukkan lebih banyak elemen, bahagian dan eksperimentasi agar tampil lebih dinamik dan progresif sekaligus tidak kedengaran berulang-ulang. Daullat perlu lebih kreatif memikirkan bagaimana untuk menarik minat pendengar-pendengar baharu yang mungkin kurang biasa dengan bunyian post rock agar mereka lebih dikenali.

Menurut mereka, Daullat kini dalam proses merakam lagu-lagu lain yang akan dimuatkan dalam EP mereka yang dijadualkan keluar pada tahun ini. Penulis mendoakan yang terbaik buat mereka dan berharap scene post rock di Malaysia kembali mekar. Salute!

Ikuti Daullat di:

Facebook

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅