The Doors Versi Mono Sangat ‘Rare!’

oleh Azam Gilmour
761 bacaan

Album sulung The Doors, The Doors dilancarkan hari ini pada tahun 1967. Dirakamkan di Sunset Sounds Recorders, Hollywood, California pada tahun 1966, bersama produser Paul A. Rothchild. Album ini berjaya menghasilkan Light My Fire dan The End sebagai single, dan terus mengangkat nama The Doors.

Dengan lagu Light My Fire, The Doors dicalonkan di Grammy Hall of Fame. Album debut ini sudah berkali-kali di isukan semula melalui CD, termasuk remaster96/24 bit advanced resolution” pada tahun 1999, dan terkini pada tahun 2017 dengan remaster dalam stereo dan mono, sempena ulangtahun ke-50 pada tahun itu. Pada tahun 2015, Library of Congress memilih The Doors untuk dimasukkan ke dalam senarai daftar National Recording Registry berdasarkan kepentingan budaya, seni atau sejarahnya.

Selain Light My Fire dan The End, The Doors turut berjaya memikat hati pendengar dengn lagu pembukaan album Break On Through (to the Other Side). Pada tahun 1969, James Morrison berkata,

“Setiap kali aku mendengar The End, ia seperti membawa maksud tertentu untukku. Seperti sebuah lagu selamat tinggal yang ringkas, mungkin boleh dituju kepada gadis, tetapi aku melihatnya seperti ucapan selamat tinggal kepada zaman kanak-kanakku.”

The Doors yang dilancarkan pada 4 Januari 1967 oleh Elektra Records menduduki carta Billboard 200, selepas single Light My Fire berjaya disana, The Doors menduduki tangga kedua carta pada bulan September 1967 (hanya dibelakang Sgt. Peppers Lonely Hearts Club Band oleh The Beatles).

Rekod (vinyl) versi mono terdapat adunan unik dan sangat berbeza dengan versi stereo. Adunan mono itu telah dipadam selepas keluaran pertama, dan hanya dikeluarkan semula pada 2010, dikeluarkan secara terhad dengan 180 gram audiophile vinyl oleh Rhino Records. Adunan Ulangtahun ke-40 album ini juga menampilkan versi stereo lagu Light my Fire dengan kelajuan (tempo) lagunya dibetulkan buat kali pertama. Sebelum ini, hanya single 45 RPM (Light My Fire dan Break On Through) sahaja yang tepat kelajuannya.

Menampilkan sepuluh lagu, dan The End adalah lagu paling panjang durasinya dengan 11:35 minit.

Apa lagu kesukaan kalian dalam album sulung The Doors ini?

#AzamGilmour #MAMY #MusicAddictsMalaysia #TheDoors #Anniversary #LightMyFire #JamesMorrison #BreakOnThrough #DebutAlbum

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅