Percubaan Pertama Aiman Cisco Melalui ‘Tak Mudah’

oleh Aniq Ammar Ekhwan
2K bacaan

Komposer dan pemain bass LOKO, Aiman Cisco melancarkan projek solo sekaligus memuatnaik single pertama yang berjudul Tak Mudah di semua media platform pada 1 Januari 2021.

Agak mengejutkan penulis kerana beliau bergerak secara solo. Menurut Aiman, single ini merupakan sebuah projek tepi bersama NMA dan Naquib namun diketuai oleh Nik Aqil sendiri iaitu pemain drum LOKO.

Menurut Aiman, Tak Mudah menceritakan tentang betapa sukarnya kita melalui tahun 2020 yang dipenuhi pandemik Covid-19 dan mengharapkan pada tahun 2021 ada sinar seterusnya. Sedikit perkongsian lagi, beliau mempunyai sebuah impan untuk menyampaikan mesej melalui penulisan beliau dan memperkenalkan diri sebagai Aiman Cisco dengan tujuan ingin membedah siasat seberapa banyak muzik yang wujud di dunia ini. Dalam proses mendengar, penulis sangat menggemari idea beliau yang puitis dan susunan lagu yang jitu tepat pada sasarannya serta mengingatkan penulis kepada band Sheila On 7, Oasis dan DMA sebuah band dari Australia.

Menurutnya lagi, proses rakaman ini dilakukan secara mandiri di berlainan negeri dan kawasan. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menyebabkan tidak boleh melakukan aktiviti rentas negeri, mereka membuat keputusan untuk memulakan langkah pertama merakamkan lagu ini di rumah masing-masing seperti rakaman drum di rumah Nik Aqil, guitar dan bass direkodkan di rumah Aiman, gitar utama di rumah beliau, dan proses vokal dilakukan di rumah Nik Aqil juga setelah mendapat kelonggaran untuk merentas negeri demi merealisasikan single Tak Mudah yang berliku ini. Single ini juga telah diadun oleh Nik Aqil dan proses mastering oleh Hazardgeek records.

Pendapat penulis, ini merupakan satu usaha yang baik walaupun di kala pandemik ini. Mereka sanggup melakukan rakaman secara berasingan dan mendapatkan sebuah produk yang cantik. Dan ini juga merupakan sebuah amaran bahawa pemuzik akan terus bernafas walaupun menempuhi pelbagai dugaan.

Konklusinya, single ini telah disampaikan dengan baik dan penulis dapat merasakan keperitan itu. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Aiman Cisco. Semoga kalian akan terus mekar di industri tanah air dan dapat berdiri sebaris dengan artis di arus perdana. Adios!!

Ikuti Aiman Cisco di:

Instagram
Spotify
Apple Music

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅