Wanita bernama Zurfahani Batrisya ini boleh diklasifikasikan sebagai epitome dalam bidang muzik. Hal ini kerana baru-baru ini, dia menjalankan projek lagu bersama dengan gadis Poland, Antonina Car, dalam mencipta single terbaru berjudul Flautando.
Terlebih dahulu, marilah kita berkenalan dengan dua wanita ini sebelum penulis ceritakan tentang single Flautando.
Dua wanita yang mempunyai ilmu seni muzik yang hebat
Zurfahani Batrisya ialah seorang komposer dan multi-instrumentalis yang berasal dari Shah Alam, Malaysia. Wanita ini masih menimba ilmu dalam bidang muzik komposisi peringkat ijazah sarjana muda di UiTM Shah Alam.
Boleh dikatakan hebat dalam muzik kerana Fahani juga mempunyai sebuah kumpulan muzik indie iaitu The Lounette serta menjadi pemuzik sesi untuk penyanyi, penulis lagu dan kumplan muzik lain.
Selain seruling menjadi alatan muzik utama, dia turut didedahkan dengan genre klasik dan moden semasa menempuhi zaman sekolah muzik. Ia sebenarnya telah mendorong minatnya untuk bereksperimen dengan suara
dan harmoni secara keseluruhan dan dengan gaya uniknya sendiri.
Bagi dirinya:
“Muzik bebas, setiap lagu yang anda dengarkan membuat anda merasa senang.” – katanya.
Antonina Car — seorang gadis kelahiran Poland yang merupakan pelajar lulusan Grafik di Fakulti Seni Media Baru di Akademi Teknologi Maklumat Poland-Jepun. Dia mempunyai diploma dalam filem pendek serta menerima ijazah sarjana muda dengan kepujian.
Kini, Antonina merupakan pelajar komposisi elektroakustik Akademi Muzik di Poznań. Dalam kerjanya, dia cuba menggabungkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang seni visual serta reka bentuk bunyi.
Pendekatannya untuk multimedia dicirikan dari karya yang kompleks — penciptaan selari bahan visual dan bahagian suaranya. Dalam bidang muziknya, dia menggunakan biola, selo, synthesizer analog dan alat muzik perkusi.
Flautando mempunyai elemen muzik neo-klasik & post-minimalisme
Flautando merupakan sebuah muzik yang mempunyai elemen neo-klasik dan post-minimalisme. Single ini telah digubah sepenuhnya oleh seorang jurutera audio bernama Karol Wiśniewski. Walaupun Fahani dan Antonina dipisahkan dengan jarak jauh, namun ia tidak menghalang mereka untuk menjayakan projek ini.
Konsep disebalik single adalah perasaan aliran dan kedalaman yang asli, menjadikan pendengar rasa integriti yang tidak tergesa-gesa dengan irama dan struktur yang dimainkan oleh instrumen sebenar. Dengan alunan kedamaian biola dari Antonina serta alunan keharmonian dari seruling dari Fahani.
Dua gabungan alunan muzik ini, menjadikan melodi yang saling berkaitan dan kemudiannya sekali lagi menyimpang dan memainkan bahagian individu.
Dalam pada itu, muzik video Flautando ini diarahkan sepenuhnya oleh Antonina sendiri dengan bantuan rakan-rakannya. Maksud muzik video ini sebenarnya ingin membawa perasaan kedamaian dengan pemandangan estetik dari penari balet di tanjung (tanjung itu di Rewa, Poland).
Flautando dirilis pada 18 Ogos 2021 dan anda semua boleh mendengar single Flautando di YouTube atau Spotify:
Apa-apa pun, kami ingin memberikan ucapan tahniah kepada Zurfahani Batrisya kerana berjaya menjalankan projek solo yang boleh dikatakan akan menimbulkan perasaan teruja dalam kalangan orang ramai. Tidak lupa juga kepada Antonina Car, Karol Wiśniewski, rakan-rakannya dan orang yang terlibat dalam projek solo ini.
Ikuti perkembangan Zurfahani Batrisya dan Antonina Car di:
Instagram:
Zurfahani Batrisya: @whatda.fah
Antonina Car: @carantonina