Megadeth secara rasmi telah memecat bassist David Ellefson yang telah bersama mereka sejak penubuhan 1983.
Ini gara-gara video tular seksual secara Instagram yang dilakukan beliau dengan seorang peminat muda berusia 17 tahun. Oleh itu, beliau dituduh beraksi ‘grooming‘ cuba mencabul remaja bawah umur. Ini dikatakan mencemarkan nama baik Megadeth selaku antara band Metal teragung dunia dan oleh itu Dave Mustaine selaku ketua mengambil keputusan pemecatan.
Dalam satu hebahan IG, seorang gadis dengan nama @woahworst telah memuatnaik pendedahan bahawa seorang kawannya yang ketika itu berusia 17 tahun (underage) telah dimanipulasi oleh David bagi melakukan hubungan seksual online.
Antara tuduhan lain juga, David yang berusia 57 tahun didakwa menghantar gambar bantang beliau kepada gadis tersebut.
Mangsa tersebut dengan nama IG Edaphosauruses bagaimanapun membuat pengakuan bahawa dia yang memulakan video tersebut dan merupakan wanita yang matang (consenting adult). Dia seterusnya mengakui kenaifan dirinya yang bertindak berkongsi video dengan kerana terpengaruh dengan aura ‘rock star’.
David pula mempertahankan dirinya dengan mendakwa ia hanyalah manipulasi untuk menjatuhkan reputasinya sebagai lagenda bintang rock dalam satu kumpulan ternama.
David adalah bassist di sebalik semua rekod agung Megadeth daripada album era Peace Sells (1986), Rust In Peace (1990) dan Countdown To Extinction (1992).
Aksi seksual antara para pemuzik rock dan gadis-gadis muda adalah lazim kerana sememangnya ramai yang pasti tertarik dengan bintang-bintang rock ternama namun harapnya ia tidak berlaku di Malaysia ini.
#ChivasAlexandria