Produser Dubstep/Vokalis Metal, Wolf telah melancarkan single terbaru Garbage di semua platform media strim pada 4 Mac 2022.
Bermula pada 2017, ternyata Wolf sangat aktif dalam penghasilan muzik melawan arus sebegini. Agak sukar kita melihat mana-mana kugiran pada hari ini mencampur aduk elemen metal dan EDM ke dalam satu lagu. Bukan itu sahaja, beliau telah memasang impian untuk bermain dalam sebuah festival muzik terbesar satu hari nanti.
You’re full of shit,
You’re just like one of them,
You’re full of shit.
Lagu yang berdurasi 2 minit 40 saat ini dimulakan dengan bunyian guitar yang seram namun tidak mematikan penulis untuk terus mendengar. Kemudiannya disusuli dengan beat, bunyian dan jeritan amarah oleh wolf. Tidak lama kemudian disulami dengan bait-bait rap yang meluahkan ketidakpuasan hati terhadap masyarakat sekeliling yang memandang rendah terhadap muzik dan imejnya dan hanya mendengar lagu-lagu popular.
Penulis berpendapat Garbage merupakan single yang baik namun boleh diperbaiki lagi dari sudut susunan lagu dan cara penyampaian kerana nampak sedikit serabut di beberapa bahagian sepanjang lagu ini dimainkan. Kualiti bunyi juga dirasakan berada di bawah par, tambahan lagi dengan adanya elemen EDM yang sepatutnya menawarkan bunyian low end yang dalam dan menggegarkan. Garbage kedengaran ‘kering’ dan kurang ‘weight.’
Originally, it was supposed to be a call out to anyone that listens to commercial, top 40 music (a diss track type of track). It’s easy for people to listen to the easy listening music but won’t broaden their horizons to other types of music; heavier music (rock, metal).
Tambah Wolf, single ini lebih kepada rap based dan mendapat sambutan yang baik daripada beberapa pihak dan pengaruh beliau pada kali ini lebih kepada Asking Alexandria, Blessthefall dan Alpha Wolf.
When I started producing, I told myself if I could produce 1 metal song for my solo release, I would be really happy because that was my goal from the start. Also, out of my songs, this one is the fun song out of my discography and will definitely get a mosh pit going at gigs.
Penulis tertanya mengapa beliau boleh terfikir untuk membuat lagu sebegini dari mulanya penglibatan dalam muzik dan ini merupakan jawapan beliau.
I prefer to listen to songs/bands that mixes different genres into one. Metal with rap, metal with EDM is the go-to for me; not saying that a one genre only band/song is bad but experimenting with other genres can make a song/band interesting. One major influence for the recent singles (Mentality & Garbage) is Scarlxrd; a rap artist who mixes rap with metal elements in his songs.
Buat masa ini, Wolf sedang dalam proses untuk menyiapkan album perdananya iaitu Amalgamation (gabungan elemen menjadi sesuatu yang unik) yang bakal dilancarkan pada hujung tahun ini. Semoga semua semuanya berjalan lancar dan teruskan perjuangan anda dalam muzik.
Jangan lupa dengarkan single terbaru Wolf dan ikuti perkembangan beliau di: