Latar belakang pertandingan
Pada tahun 2020 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama bermula, penulis ada terbaca sebuah hantaran menarik di laman web Louder di mana akibat kebosanan terkurung di rumah, sebilangan peminat muzik luar negara mula membikin semula imej di kulit album kegemaran mereka dengan interpretasi baharu yang unik dan kadangkalanya agak lucu dan tidak masuk akal.
People are recreating classic album covers from home and they’re brilliant
Momen tersebut mencetuskan idea kepada penulis untuk menganjurkan perkara sama di portal Music Addicts Malaysia (MAMY), tetapi dengan visi yang sedikit berbeza iaitu setiap reimaginasi dan reinterpretasi perlulah membawa semangat Malaysiana. Sebagai contoh, pizza boleh ditukar kepada roti canai atau lempeng misalnya.
Namun, niat untuk menganjurkan pertandingan tersebut terbantut kerana MAMY tidak punya sebarang modal dan di waktu tersebut, amat sukar untuk mendapatkan penaja. Selepas mendapat sedikit kelonggaran, penulis membuat satu kerja kerja dan dihantar kepada banyak syarikat, tetapi tidak ada satu pun yang berminat sehinggalah MyCreative Ventures memberikan komitmen mereka untuk menaja acara ini pada hujung tahun lepas.
Dengan izin tuhan, Pertandingan Tafsir Semula: Seni Kulit Album Tempatan akhirnya berlangsung mulai 1 Mac 2022 dan MAMY turut menerima sumbangan daripada dua penaja lain iaitu Wah Music Asia dan Bukuku Press. Kesannya, aturan pertandingan menjadi semakin lancar dan hadiah yang akan diberikan kepada pemenang-pemenang juga bertambah menarik.
Kami di MAMY amat berharap pertandingan ini disambut meriah oleh pengamal fotografi, media campuran dan media digital kerana ia secara tidak langsung bakal memberi impak kepada apresiasi peminat muzik Malaysia terhadap seni visual. Ini kerana, peminat muzik tempatan biasanya hanya bercakap tentang lagu, lirik dan pemuzik, jarang sekali konsep kulit album dibahas dan dibicarakan di ruang media sosial.
Bila pertandingan ini berlangsung?
- Pertandingan Tafsir Semula: Seni Kulit Album Tempatan dijalankan bermula 1 Mac 2022 sehingga 20 Mac 2022.
- Penyertaan adalah percuma.
- Majlis penyerahan hadiah akan diadakan pada 1 April 2022 di Kuala Lumpur (lokasi akan diberitahu kelak).
Syarat-syarat pertandingan
- Peserta perlu memilih satu (1) gambar kulit album tempatan tidak kira arus perdana ataupun bawah tanah pilihan dan menterjemahkannya semula dengan idea dan rekaan baharu.
- Medium pertandingan adalah fotografi, media campuran atau media digital. Kesemuanya diterima.
- Karya yang dihasilkan tidak perlu sama dengan karya asal. Peserta bebas menggunakan imaginasi dan kreativiti sendiri untuk memberi makna baharu kepada karya asal.
- Sebarang unsur plagiat adalah dilarang sama sekali dan peserta akan hilang kelayakan secara automatik serta tidak dibenarkan memasuki mana-mana pertandingan anjuran kami selepas ini.
- Peserta perlu mengisi borang lengkap dan dihantar ke saluran rasmi DI SINI.
- Karya wajib dihantar dalam bentuk JPG dan bersaiz 1080 x 1080 (segi empat sama).
- Pemenang akan dipilih oleh dua orang juri profesional dan segala keputusan juri adalah muktamad.
- Penyertaan selepas tarikh tamat tidak akan diterima.
Contoh dan idea
Hadiah pertandingan
Juri-juri
Penaja-penaja
Jika ada sebarang pertanyaan atau hasrat untuk menaja pertandingan ini, boleh hubungan kami di talian 019-6416142 (Rahmat).
Ikuti Music Addicts Malaysia di:
#TafsirSemula #KulitAlbumTempatan #Ubah #Reinterpretasi #Reimaginasi #MyCreativeVentures #WahMusicAsia #BukukuPress