Pasca Sini Luncur Kisah Cinta ‘Kali Pertama’

oleh Anome
1.4K bacaan

Kugiran Pop Punk Damansara, Pasca Sini baru sahaja melancarkan video muzik untuk single Kali Pertama yang diambil daripada debut album mereka, Emo Department. Kali Pertama telah dilancarkan pada 25 Februari 2022 dengan jangka masa selama 4 minit 32 saat di saluran YouTube rasmi mereka, Pasca Sini.

MV Kali Pertama merupakan sebuah kompilasi rakaman gig siri jelajah bagi pelancaran album mereka baru-baru ini, Malaysia Barat Tour 2022. Ia telah berlangsung selama sembilan hari di enam lokasi seluruh semenanjung Malaysia bermula dari 28 Januari 2022 sehingga 5 Februari 2022.

Kali Pertama mengisahkan tentang perasaan seseorang yang jatuh cinta buat kali pertama dan bagaimana wajah kekasihnya itu sering bermain di minda dan jiwa raganya.

Kali pertama jatuh cinta terhadap seseorang yang  dicintai sudah tentunya menjadi satu fasa dan memori penting kepada setiap individu. Adakalanya terasa bagai melakonkan semula karya agung Romeo dan Juliet yang dikarang oleh William Shakespeare.

“Did my heart love till now? For swear it, sight! For I ne’er saw true beauty till this night.”

– Romeo & Juliet

Dengarkan Kali Pertama di saluran rasmi Spotify dan Youtube Pasca Sini dan ikuti saluran media sosial rasmi mereka di Facebook, Twitter, dan Instagram.

Facebook

Twitter

Instagram

Spotify

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅