Anda artis solo atau ada band? Mahu promosi lagu dan nama ke khalayak lebih besar? Jika ya, sila baca maklumat lanjut di bawah.
Adakah anda pemilik perniagaan atau perkhidmatan kreatif? Permohonan untuk Geran Pemasaran dan Promosi Digital kini dibuka!
Geran Pemasaraan dan Promosi Digital (GPPD) adalah dana untuk menyokong artis dan perniagaan kreatif bagi tujuan pemasaran produk atau perkhidmatan kreatif secara digital melalui platform media sosial.
Sila mohon dengan segera!
Maklumat lengkap untuk Geran Pemasaraan dan Promosi Digital boleh didapati di: www.mycreative.com.my/penjana/digital-marketing-grant-dmg
Geran Pemasaran Digital dan Promosi telah direka khas untuk membantu para penggiat industri kreatif dalam pemasaran barangan/perkhidmatan/bakat mereka di atas talian, melalui aplikasi, paparan iklan dan pengantara digital yang lain seperti Media Prima Digital, Astro atau mana-mana platform digital yang boleh diterima pakai oleh MyCV seperti Facebook, Instagram, Google, Tik Tok, Snapchat, Twitter, YouTube, LinkedIn and Pinterest.
Apa yang anda boleh dapat dan bagaimana untuk memohon?
Mohon segera di www.mycreative.com.my/penjana/digital-marketing-grant-dmg.