“Mellow Progressive Rock Untuk Californication,” – John Frusciante

oleh Azam Gilmour
1.6K bacaan

The Red Hot Chili Peppers bermula pada 1984 sebagai sebuah kugiran funk-punk. Gitaris John Frusciante menyertai mereka pada 1989 dan merakam Blood Sugar Sex Magic, sebuah album yang tembus ke arus perdana.

Selepas Frusciante keluar pada 1992, RHCP mendapatkan khidmat Dave Navarro, dan menukar aliran mereka kepada heavy metal dan psychedlic rock dalam album One Hot Minute, yang keluar pada tahun 1995. One Hot Minute hanya terjual separuh dari jualan Blood Sugar Sex Magic, dan Navarro meninggalkan RHCP pada awal 1998.

Selepas beberapa tahun Frusciante meninggalkan RHCP, beliau menjadi penagih heroin dan kokain, membuatkannya papa dan hampir mati. Teman-temannya meminta Frusciante untuk masuk ke pusat pemulihan pada Januari 1998.

Selepas Frusciante keluar, pemain bass Flea menziarah beliau dan mengajaknya kembali bersama RHCP. Dalam seminggu, mereka kembali bersama buat kali pertama dalam enam tahun, kembali berkumpul dan mulakan RHCP semula.

Dari sini, Frusciante menekankan kepada anggota lain untuk menukar aliran dari funk-punk kepada lebih mellow-progressive rock untuk Californication.

Kebanyakan lagu dalam Californication yang ditulis pada musim panas 1998. Anthony Kiedis dan Frusciante banyak menghabiskan masa bersama membincangkan tentang ciptaan lagu, riff gitar dan lirik. Bass dan perkusi (dram) mula dibina ketika sesi jamming.

Kebanyakan material dan lirik dalam Californication ini datang dari pergolakan yang setiap anggota lalui ketika itu. Hal ini menghasilkan pendekatan sensitif yang tidak mereka harapkan dari peminat mereka seperti budak skate-punk dan budak lelaki.

Titik utama Kiedis di sebalik pembikinan album ini adalah menceritakan kisah jiwa yang mengembara, yang telah kehilangan mencari ‘American Dream‘ di California.

Californication dilancarkan pada 8 Jun 1999, 21 tahun lalu oleh Warner Bros. Records. Tarikh ini sepatutnya keluar satu lagi album dengan tajuk yang hampir sama, California dari Mr. Bungle. Tetapi album itu telah ditunda ke bulan Julai berikutnya.

Californication berada di tangga ketiga dalam carta Billboard 200. Ditangga kelima di UK Top 40, dan tangga pertama carta di Finland, Austria, Sweden dan New Zealand, dan tangga kedua dalam Top 40 di Perancis dan Belanda.

Diiktiraf emas hanya selepas sebulan pelancarannya, dan jualan terus meningkat sehingga menerima tujuh kali platinum.

Pada Mac 2006, Californication boleh dibeli di iTunes Music Store, di mana peminat yang membeli dari situ akan menerima 3 trek yang belum pernah dikeluarkan, iaitu Fat Dance, Over Funk dan Quixoticelixer.

Di Jerman, Californication adalah album terlaris mereka, menduduki dalam carta Media Control selama 114 minggu (lebih dua tahun) dan terjual lebih 750,000 salinan.

Californication tercatat dalam buku 1001 Albums You Must Hear Before You Die, tersenarai dalam The 500 Greatest Albums of All Time majalah Rolling Stone, The 200 Greatest Albums of the 90’s majalah Classic Rock & Metal Hammer, The 100 Greatest Albums of Our Time 1993-2006 majalah Mojo dan beberapa lagi.

Selepas pelancaran Californication, mereka terus memulakan jelajah dunia dan dimulakan di Amerika. Untuk mengakhiri jelajah disana, RHCP diminta untuk menjadi penutup Woodstock ’99, yang menjadi terkenal dengan keganasan yang berlaku. Mereka diberitahu beberapa minit sebelum mereka tiba bahawa orang ramai dan unggun api ditengah padang tidak dapat dikawal.

Ketika mereka sedang memainkan lagu Fire (lagu saduran Jimi Hendrix) yang dipinta oleh adik Jimi, gangguan itu menjadi lebih dasyat apabila beberapa wanita yang sedang crowd surfing dan moshing dipaksa tanggalkan pakaian dan dirogol, dan harta benda yang berdekatan dicuri dan dirosakkan dengan teruk.

Kiedis berkata,

“Sudah jelas keadaan itu tiada lagi kaitan dengan Woodstock. Itu bukan lagi simbolik kedamaian dan cinta (peace and love), tetapi ketamakan dan penguasaan. Kami bangun keesokan harinya dengan suratkhabar dan stesen radio menyalahkan kami kerana memainkan lagu Fire.”

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #RedHotChiliPeppers #RHCP #Californication #AnniversaryAlbum

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅