Suck It And See Lebih Vintage Dari Humbug

oleh Azam Gilmour
1K bacaan

Domino Recording Company lancarkan album keempat Arctic Monkeys, Suck It and See pada 6 Jun, sepuluh tahun lalu.

Arctic Monkeys berkolaborasi dengan produser lama mereka James Ford dan memilih Sound City Studio di Los Angeles sebagai studio rakaman. James Ford dan Matt Helders menjanjikan untuk memberi lebih bunyian segera, poppy, dan vintage berbanding Humbug (2009).

Suck It and See menduduki tempat pertama di UK pada minggu pertama. Pada 5 Mei 2011, mereka memulakan jelajah Suck It and See Tour di Stockholm sebagai persembahan pertama mereka dalam tahun itu. Seminggu kemudian, mereka muncul di Later… with Jools Holland dan memainkan empat lagu, Library Pictures, Don’t Sit Down ‘Cause I’ve Moved Your Chair, Reckless Serenade dan The Hellcat Spangled Shalalala.

Arctic Monkeys berkarya sepanjang 2010, di mana Alex Turner menulis hampir semua lagu di New York dan beberapa di lagu London. Persetujuan menamakan Suck It and See sebagai tajuk album selesai selepas berdebat dengan anggota lain. Antara pilihan tajuk lain seperti The Rain-Shaped Shimmer Trap, The Thunder-Suckle Fuzz Canyon, The Blond-O-Sonic Rape Alarm dan Thriller, menurut temubual mereka dengan NME.

Piledriver Waltz dikeluarkan dalam EP pertama Alex Turner Submarine, dikredit hanya kepada Alex seorang dan menampilkan Ford sebagai pemain dram. Kemudian Alex merakam semula dengan Arctic Monkeys dan memasukkan lagu itu ke dalam album ini.

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #AnniversaryAlbum #ArcticMonkeys #SuckItAndSee

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅