MAVERICK merupakan sebuah quartet instrumental rock yang berasal dari Kuala Lumpur dan dianggotai oleh Fazli (gitar), Shah (gitar), Ikram (bass) dan Nas (dram). Bersama, mereka menubuhkan MAVERICK dan telah merakamkan dua buah trek pada tahun 2014 yang berjudul Villain dan Get Away.
Bertepatan dengan isu semasa, MAVERICK telah mengeluarkan lagu baharu yang bertajuk Vaccine setelah enam tahun hibernasi. Sebagai rakyat, kita baru sahaja selesai berhadapan dengan isu pemberian vaksin AstraZeneca yang haru-biru. Selain itu, pemberian vaksin yang lambat juga membuatkan ramai yang jadi resah dan gelisah.
Jadi, ada apa dengan lagu Vaccine hasil karya terbaharu MAVERICK ini? Menurut Fazli, mereka mengambil masa hampir satu tahun untuk melengkapkan Vaccine. Malah, idea lagu ini tercetus atas kesedaran mereka terhadap kepentingan penyembuhan untuk bebas daripada wabak sekarang.
Tambah Fazli lagi:
“Lagu ini secara kiasan juga menekankan desakan untuk mengikis hipokrasi dan ketoksikan dalam masyarakat kita yang berselindung di sebalik organisasi dan media sosial dengan menyebarkan niat dan kata-kata berunsur kebencian”.
Rakaman lagu Vaccine telah dijalankan di Studio Pekanmaya Records menggunakan khidmat Ojoe iaitu bekas pemain bass Couple untuk proses rakaman, adunan dan mastering.
Vaccine kini boleh dinikmati di semua platform digital bermula 6 Jun 2021. MAVERICK juga bercadang untuk memuat naik video muzik (MV) rasmi sekitar awal Ogos nanti.
Setelah menyepi selama beberapa tahun, MAVERICK kini kembali dengan wajah baru dan lebih bertenaga daripada dulu. Mereka juga berharap dengan single ini, MAVERICK dapat melebarkan sayap mereka di kalangan pendengar muzik tanah air.
Jom, berikan sokongan kepada MAVERIK dan follow mereka di: