Hail to the Thief dilancarkan hari ini pada 2003. Album Radiohead kesukaan penulis di antara album-album yang lain, kerana mereka menggabungkan elemen elektronik dan muzik rock ke dalam satu album, dan Penulis berpendapat, album ini sempurna.
Selepas mereka berkecimpung dengan elektronik dalam Kid A (2000) dan Amnesiac (2001), Radiohead bereksperimentasi dengan menggabungkan elemen elektronik dan rock.
Mereka mengambil masa dua minggu di Los Angeles bersama produser Nigel Godrich, dan lebih fokus kepada rakaman live berbanding overdub. Thom Yorke pula menulis lirik lebih kepada War On Terror dan kebangkitan semula politik sayap kanan di barat.
Stanley Donwood yang sudah berkolaborasi bersama Radiohead kembali mencipta kulit album ini, sekeping imej berbentuk peta jalan Hollywood dengan perkataan yang diambil di sepanjang jalan di Los Angeles dan dalam lirik Thom Yorke.
#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #AnniversaryAlbum #Radiohead #HailToTheThief