Pada 7 Jun 2021, arena Hip Hop Malaysia dikejutkan dengan kemunculan semula Malique Ibrahim ataupun Mr. General yang digandingkan bersama Hael Husaini dan juga Wany Hasrita dalam sebuah lagu berjudul Wilayah Prihatin. Video Muzik (MV) rasmi berdurasi 4 minit 10 saat ini memberikan Kita semangat tambahan seakan-akan vaksin untuk para pendengar yang telah lama menunggu karya daripada Mr. General.
Lagu ini mengetengahkan tema kesatuan, keprihatinan dan kerjasama sesama rakyat. Mengekalkan santun apabila sesuatu tak diingini terjadi juga merupakan antara intipati utama dalam Wilayah Prihatin.
“Menzahirkan azam dan impian,
Kesempurnaan,
Damai harmoni.“ – Wany Hasrita
“Kemakmuran yang Kita kecapi,
Milik bersama,
Warisan kita.“ – Hael Husaini
Malique atau nama sebenarnya Cairel Adrin Ibrahim merupakan antara ikon terbesar dalam industri Hip Hop tanah air sewaktu gandingannya bersama Too Phat yang turut dianggotai Joe Flizzow.
Secara amnya, Kita tahu bahawa Malique tidak pandai bermain alat muzik tetapi di dalam lagu ini terdapat penglibatan Inca Medina (anak beliau) sebagai pemain violin selain Ritz Metalasia sebagai pemain gitar dan Haidi Hylal sebagai keyboardist.
“Wilayah ku yang tersohor tempat lahir bintang-bintang,
Namun apa guna kejayaan tanpa cakna ,
Tanpa perkongsian kekayaan tak bermakna,
Didik anak Kita budayakan penuh jitu,
Teguh jasmani,etika, ihsan, ilmu.“ – Malique Ibrahim
Nota kaki :
Dengan keluarnya Malique daripada ‘pertapaan’ ni, adakah ini juga tanda-tanda akan ada material lain daripada beliau selepas ni? Pastinya peminat-peminat dah tak sabar, kan?