Kugiran Melodic Pop Punk, Half-Asleep baru sahaja melancarkan single terbaharu berjudul Au Revoir berserta video muzik (MV) pada 23 Julai 2021 yang lalu.
Sedikit pengenalan; Half-Asleep dianggotai oleh lima orang anak muda yang berasal dari Kedah Darul Aman pada tahun 2005. Bukan sahaja menjadikan Punk sebagai genre utama, mereka turut menggarap variasi ke dalam muzik dengan pelbagai elemen daripada genre lain seterusnya menjadikan mereka sebuah band yang dikenali ramai bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di beberapa negara lain seperti Taiwan, Korea Selatan dan Jepun. Bukan itu sahaja, penulis juga menggemari drummer mereka yang hensem dan semestinya permainan drum yang versatile.
Menerusi sedikit bedah siasat, penulis menggemari setiap sudut lagu yang mereka persembahkan. Paluan drum dan bass yang kasar namun kekal kacak, bunyian guitar yang kejam, dan tidak dilupakan, vokal bersahaja yang dibawakan dengan sangat baik. Penulis boleh merungkaikan bahawa mereka ini merupakan permata yang tersembunyi di Malaysia kerana irama yang mereka bawakan ini easy listening, mudah untuk riot dan juga boleh sing-along sepanjang lagu.
Jika kita lihat pada MV yang mereka persembahkan, mereka menggunakan footage-footage dari persembahan mereka di It’s A Fest di Muuido Island, Korea selatan dan secara tidak langsung telah terbit perasaan rindu penulis untuk menjelajah. Jika tidak disebabkan pandemik Covid-19 ini, mungkin kita semua akan keluar bercuti di luar negara dan berseronok. Penulis mendoakan agar kesemuanya akan berakhir dengan baik dan dapat melakukan aktiviti di luar sana.
Tahniah kepada Half Asleep atas pelancaran MV Au Revoir. Semoga kalian terus maju dan dapat melancarkan material yang seterusnya. Dan penulis tidak sabar untuk menonton kalian beraksi di luar sana. Adios!!
Ikuti Half-Asleep di: