Trophy Knives Luncur MV Animasi Pertama Untuk Single ‘Act 1: The Acknowledgement’

oleh Muhammad Ridhwan Bin Sa'aya
1.8K bacaan

Kumpulan punk rock yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Trophy Knives baru sahaja meluncur video muzik (MV) terbaharu mereka untuk lagu Act 1:The Acknowledgement. Untuk MV ini, penghasilan video animasi dibuat bagi mencipta kelainan selain disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengehadkan aktiviti mereka.

Lagu ini merupakan lagu ketiga dari album akan datang mereka yang berjudul Look The Other Way. Lirik lagu ini ditulis bagi menunjukkan kelantangan mereka bersuara menentang masalah isu-isu semasa seperti isu rasisme, seksisme dan ketaksuban yang terlampau pada sesuatu.

Act 1:The Acknowledgement dikatakan berbeza berbanding lagu lain yang biasa dihasilkan mereka. Ini kerana, kebanyakkan lagu mereka biasanya ber-genre heavy metal dan head banging, manakala lagu dan MV kali ini pula disajikan dengan vokal dan lirik yang “berhantu” serta alunan gitar akustik.

MV berkonsep animasi tersebut mendapat khidmat pengarahan sepenuhnya dari Zulhemi Zainuddin dan Azizulhakim Salleh. Mereka berdua merupakan tunjang utama syarikat kreatif Fracas Works. Syarikat ini telah menghasilkan banyak MV untuk kumpulan-kumpulan tempatan lain seperti The Venopian Solitude, Iqbal M. dan Hacktick!.

Selain itu, kumpulan ini mengakui bahawa proses penghasilan MV kali ini mendapat kerjasama dan sokongan penuh daripada beberapa badan kerajaan seperti Cendana Malaysia, Penjana dan MyCreative Ventures. Mereka telah banyak membantu terutamanya dalam proses pemasaran lagu.

Vinesh Muniandy selaku vokalis utama berkata, “Kami telah menunda proses rakaman MV lagu ini sejak Mei tahun lepas. Jadi, untuk tidak menangguh lagi, kami terus berbincang dengan rakan-rakan di Fracas Work untuk tetap menghasilkan satu MV tetapi dengan konsep berbeza”.

“Lirik lagu ini seakan-akan menceritakan keadaan semasa negara kita yang memerlukan perubahan dalam kalangan pemerintah, maka konsep lagu ini telah berjaya diolah ke dalam video animasi, selain menyeru kita semua untuk bersatu,” tambah Vinesh Muniandy.

Setakat hari ini, MV tersebut telah menerima lebih 16,000 jumlah tontonan walaupun baru tiga hari diluncurkan di laman YouTube mereka. Lima lagu utama dari album akan datang mereka ini sudah boleh dinikmati di semua platform aplikasi muzik.

Ikuti Trophy Knives Band di:

Instagram

Facebook

YouTube

Bandcamp

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅