
Kredit: Bangsawan Pictures.
Sekali lagi bakal mencipta fenomena luar biasa di Malaysia, Melly Goeslaw akan kembali ke pada 1 Jun ini dengan sebuah konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi). Jika tahun yang lalu, peminat telah ‘kembali ke sekolah’ bersama Melly, kali ini peminat bakal ‘bergraduasi’ pula dengan penuh kegembiraan di Axiata Arena Bukit Jalil. Konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) dibawakan oleh AKE Group yang merealisasikan sekali lagi projek mega konsert dari Iman Tang iaitu Icon Entertainment.
Selaku ‘pengetua’, Melly mahu memeriksa keadaan terkini ‘anak-anak didiknya’ yang pernah merayakan pesta dengan Ada Apa Dengan Melly (Back To School), seterusnya meraikan mereka melalui sebuah acara yang lebih megah dengan Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi).
“Saya bahagia setelah melihat ‘anak-anak didik’ saya menyambut Ada Apa Dengan Melly (Back To School) dengan semangat yang luar biasa. Sejak itu, pihak saya bersama Iman Tang terus merencana sesuatu yang lebih besar selepas menerima banyak pertanyaan mengenai konsert seterusnya.
“Jadi lanjutan daripada siri Ada Apa Dengan Melly (Back To School), kini dengan bangganya kami mengumumkan konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) yang bakal berlangsung pada 1 Jun 2024 dengan harapan ia akan mencipta satu lagi sejarah yang bermakna,” ujar Melly Goeslaw.
Bagi penganjur Iman Tang dari Icon Entertainment pula, persiapan rapi diambil selama satu tahun sebelum konsert kedua bertemu peminat setia Melly di Malaysia. Kelainan akan dibawakan dengan menyaksikan Melly ditemani rakan-rakan industri muzik. Iman Tang juga menekankan bahawa setiap peminat yang hadir perlu mengikut tema pakaian graduasi yang ditetapkan supaya konsert berkenaan akan terasa lebih meriah selari tema.
“Untuk Ada Apa Dengan Melly (Back To School), kami membawa konsep nostalgia masa sekolah dengan kesemua peminat wajib hadir berbaju sekolah. Waktu itu, Melly hanya mendendangkan lagu-lagu milik dan ciptaannya yang cukup mahsyur sepanjang peminatnya bersekolah lalu membesar dewasa. Kali ini untuk Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi), sebuah konsep baru akan diketengahkan.

Melly Goeslaw dan Anto Hoed. Kredit: Bangsawan Pictures.
“Melly tidak hadir berseorangan. Beliau akan membawa rakan-rakan yang pernah berduet dan berkolaborasi dengannya sepanjang lebih dua dekad menjadi pelaku seni ke atas pentas. Jadi kami percaya walaupun Melly kembali ke Malaysia hanya dalam tempoh setahun dan melakukan konsert, Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) akan sukses kerana ‘anak-anak didiknya’ perlukan malam graduasi,” jelas Iman Tang.
Pembelian tiket Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.my atau hubungi talian hotline di 012 6530 700 (WhatsApp).