Lagu Pembunuh Malam “Membunuh” 14 Pesaing lain sebagai Lagu Terbaik di Anugerah Lagu Indie 2023

oleh Fiq Irama
279 bacaan

Lagu “Pembunuh Malam” ciptaan Hazeeq Hilman dan Muhd Haziq dari kumpulan Lunar merangkul dua anugerah di #ALI2023 bagi kategori Lagu terbaik dan Anugerah Pop Terbaik.

Anugerah Lagu Indie 2023 (#ALI2023) yang berlangsung di Spacerubix, Puchong pada 7 Mac 2024 menyaksikan kumpulan Lunar membawa pulang RM 15,000 menerusi Kategori Lagu Terbaik dan RM5,000 untuk Kategori Lagu Pop Terbaik berserta trofi.

Edisi kali ini menampilkan kelainan di mana tiga kategori diperkenalkan iaitu Pop Terbaik, Rock Terbaik dan Pop terbaik manakala Anugerah Lagu Terbaik keseluruhan dianggap sebagai anugerah paling berprestij.

Kumpulan LXF pula mengungguli Anugerah Hip Hop Terbaik menerusi lagu LXF, manakala kumpulan Vota membawa pulang Anugerah Rock Terbaik menerusi lagu Souled Out. Selain itu, Kategori Persembahan Terbaik dimenangi oleh Odelia Tirza menerusi lagu Stargazing, sekali gus membawa pulang RM5,000 berserta trofi dan Armpunk Sindicate pula memenangi Anugerah Yoodo Presents: Lagu Terpaling Platinum ‘Carta Indie Kita’ menerusi lagu Noisy Punk dan berjaya membawa pulang RM1,000 berserta trofi.

Sebanyak 15 lagu dipertandingkan untuk semua kategori sempena edisi kali ini. Walaupun tidak memenangi sebarang trofi, kumpulan Zerophobia juga dianggap sebagai pencabar utama untuk kategori lagu Rock terbaik melalui lagu Intisari. Manakala lagu Heidi & Ruang Hati menjadi pilihan penulis untuk memenangi lagu Pop Terbaik.

Konsert dimulakan dengan tribute kepada kumpulan underground legenda, Butterfingers dengan nafas baharu oleh Leaism. Peminat juga dihidangkan dengan penampilan mengejut daripada kumpulan Bunkface melalui lagu Malam Ini Kita Punya, Situasi dan Silly Lily.

Kumpulan Bunkface menutup tirai Anugerah Lagu Indie 2023.

#ALI2023 diadili oleh barisan juri yang terdiri daripada Wing Meng , Juwito Suwito, AG Coco, Edwin Raj, Diandra Arjunaidi, Roshan Jamrock dan Adriana Adnan.

Edisi kali ini menyaksikan 626 penyertaan lagu dan 11,000 undian awam menerusi undian secara dalam talian di laman web www.anugerahlaguindie.com.

Pemenang dipilih berdasarkan 30 peratus undian awam dan 70 peratus pemarkahan juri untuk setiap kategori.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅