Havoc Midnight Concert ‘Disatukan’ Pada 4 September 2022

oleh Music Addicts Malaysia
637 bacaan

Atas faktor-faktor teknikal yang tidak dapat dielakkan, Havoc Midnight Concert yang dijadualkan berlangsung pada 3 dan 4 September ini telah DISATUKAN pada 4 September 2022, Ahad bermula jam 9 malam hingga 12 tengah malam di Dataran Karnival Stadium Shah Alam.

Dikenali sebagai Havoc Event & Management Sdn Bhd (HAVOC) atau lebih popular sebagai Havoc Food Festival, tahun ini penganjur ingin meraikan masyarakat bersama acara hiburan yang pastinya meriah dan pecah panggung.

“Atas faktor-faktor teknikal yang tidak dapat dielakkan, kami mengambil keputusan untuk menyatukan konsert ini pada tarikh 4 September, Ahad. Setelah berbincang dengan semua artis yang terlibat, kami mengambil keputusan tersebut atas persetujuan mereka. Tambahan pula, kami mengambil kira faktor cuaca yang kini tidak menentu,” ujar Firdaus Nadxaman selaku Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd.

 

“Melihatkan respons di sosial media, kebanyakan para peminat juga menyokong perubahan jadual konsert ini,” tambahnya yang berterima kasih dengan para peminat yang menyokong keputusan yang dibuat oleh mereka.

Peminat boleh menyaksikan persembahan pemuzik idola mereka bermula jam 9 malam sehingga 12 malam dengan pilihan harga tiket RM99 (rock zone) dan RM55 (normal zone).

Kesemua tiket boleh dibeli melalui www.ticket2u.com

Selain berhibur, di sini juga akan berlangsung festival makanan dan jualan lainnya yang telah menjadi trademark dan mendapat kerjasama daripada Cuti Cuti Malaysia serta Tourism Malaysia sejak acara ini ditubuhkan pada tahun 2019.

 

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati