Kugiran Melodic Death Metal, Hemewrath telah melancarkan single bertajuk Hemera pada 31 Julai yang lalu di saluran YouTube mereka.
Berasal dari Bintulu, Sarawak dan dianggotai oleh enam orang anak muda iaitu Amvnk, Aendiz, Noelleon, Charles, Mandela dan Ash, mereka dikhabarkan dalam proses untuk menyiapkan EP pertama dan akan dilancarkan pada awal tahun 2022.
Menurut mereka, Hemera yang bermaksud “Goddess of Day/ Light” ini menggambarkan bagaimana situasi “human inner conflict” seperti depresi, kekeliruan perasaan, kebuntuan dalam hidup kadang-kadang berpunca daripada kesilapan kita sendiri. Tetapi kita tetap yakin bahawa sinar (Light, Family, Friends) masih ada untuk meneruskan hidup di hari-hari mendatang.
Lirik lagu ini juga dicipta sepenuhnya oleh vokalis Hemewrath yang pernah mengalami situasi sama dan tema yang mereka cuba bawakan ialah self-reminder, spiritual, ketuhanan dan moral. Untuk material yang akan datang mereka juga akan melakukan modus operandi yang serupa.
Pendapat penulis, band ini mempunyai material yang solid dan sekata dari sudut bunyi. Susunan lagu yang ditampilkan juga simple dan mudah didengari serta lirik mereka memberi manfaat yang sepatutnya. Penulis agak terkesima dengan solo gitar yang dipersembahkan kerana tidak bosan dan memenuhi kriteria. Sejujurnya penulis dapat merasa apa yang mereka sampaikan dan penulis mendoakan kita semua agar dapat jumpa “Cahaya” yang diberi. Apa-apa kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini tidak mengapa. Biarkan semua itu berlalu dan teruskan kehidupan kita.
Sejujurnya jika ada mana-mana kugiran yang datang dari Sabah atau Sarawak, kalian tidak boleh melepaskan peluang untuk mendengar material mereka yang sememangnya segar dan bagus. Mereka juga harus diberi peluang untuk berada di aras sama seperti kugiran-kugiran dari Semenanjung.
Tahniah buat Hemewerath atas pelancaran Hemera. Semoga kalian terus mekar tumbuh di persada muzik tanah air kerana selepas Murder, kalian juga harus diketengahkan agar mendapat tempat di hati peminat di Malaysia. Adios!
Ikuti Hemewrath di: