PIKABU Mahu Bawa Bahasa Melayu Brunei Lebih Jauh Melalui Muzik Hip Hop

oleh Mohd Aqil Aiman
3.9K bacaan

Seperti yang kita semua ketahui, negeri Sabah Di Bawah Bayu terdiri daripada berbilang bangsa, kaum dan budaya. Terdapat banyak bakat-bakat yang harus diterokai oleh Rakyat Malaysia dan salah seorangnya adalah Rapper dari Kampung Weston, Beaufort, PIKABU.

Beliau memegang filosofi “Kalau rasa mau buat sesuatu pastikan buat sampai jadi. Tiada siapa kisah pun sebenarnya apa yang kau buat ni tapi pastikan hati kau puas untuk menikmati apa yang kau dah usahakan.” Oleh sebab itu, beliau agak terkenal di daerahnya dan kini bertekad untuk memperluaskan pendengar beliau ke arah Semenanjung dan mungkin seantero Nusantara.

Pada 18 Ogos yang lalu, Pikabu yang juga berbangsa Brunei telah tampil membawakan muzik Hip Hop dengan caranya tersendiri. Salah seorang Rapper/ Emcee daripada B-Town Movement ini telah merilis sebuah lagu yang berjudul HANTAP di saluran YouTube beliau dan semua platform strim digital seperti Spotify, Apple Music dan lain-lain.

Penggunaan bahasa Melayu Brunei di dalam lagu ini menunjukan bahawa Pikabu merupakan seorang yang tidak melupakan asal usul bangsanya. Sememangnya ada juga Rapper lain yang menggunakan dialek ataupun bahasa Sabah di dalam lagu mereka tapi tidak secara menyeluruh, berbeza dengan Pikabu yang menggunakan bahasa Melayu Borneo sepanjang 1 minit 52 saat dalam HANTAP.

Beliau  juga pernah berkolaborasi bersama beberapa Rapper dari Brunei Darussalam seperti Karmasmonologue dan Vandalisma di dalam lagu berjudul Merancit. Selain daripada itu, Jangan Inda Tantu dan Masalah juga merupakan lagu Pikabu yang menggunakan bahasa Melayu Borneo.

“Semua ni saya dapat inspirasi dari rapper-rapper yang rap dengan slang diorang sendiri seperti Waris, Rxf Rhaled, Zed Peace dan Jaymie Foo. Tidak lupa juga dengan kawan-kawan rapper yang sedikit sebanyak membantu saya dalam penulisan iaitu Apwriter, Joe Hxnt dan B-town Movement.

 

“Saya berharap boleh bawa Rap Brunei saya ini lebih jauh sehingga semua orang boleh layan muzik saya sama seperti mereka layan lagu lagu-lagu lain dan dalam masa terdekat ni saya akan keluarkan single terbaru saya bersama rapper dari Brunei Darussalam iaitu Karmasmonologue yang bertajuk Ededeyh.”

Walaupun penggunaan dialek Brunei yang diketengahkan oleh Pikabu agak asing bagi penulis yang berada di Semenanjung, ini tidak menyesatkan telinga penulis kerana Flow dan Vibes yang digunakan oleh Pikabu amat menarik bila didengar. Susunan muzik di dalam lagu ini juga unik dan ada identiti yang tersendiri. Penulis yakin karya-karya beliau selepas ini akan lebih baik dan memberi impak drastik kepada peminat-peminat beliau dan juga pendengar baharu.

Penulis mendoakan agar semua urusan Pikabu dipermudahkan dan jangan pernah berhenti dalam perjalanan mencapai kejayaan. Ketemu lagi di sesi akan datang.

Ikuti beliau di :

Instagram

Facebook

Twitter

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅