Hey Jay!: Menghidangkan Santapan Terbaru Yang Berjudul ‘Good Vibrations’

oleh Aqil Syakir
1.5K bacaan

Elemen rif gitar rock, bunyi piano rock stadium dan bunyi drum seperti hard rock merupakan gabungan yang boleh menggambarkan sebuah band dari Kuala Lumpur bernama Hey Jay!

Mereka ni boleh dikatakan sebuah band yang membawa genre rock alternatif. Baru-baru ini, dengan membawa membawa genre tersebut, mereka baru sahaja mengeluarkan single terbaru berjudul Good Vibrations.

Good Vibrations merupakan sebuah single yang sesuai untuk dimasukkan dalam senarai main ketika anda sedang midnight drive. Kualiti muzik videonya liriknya menambahkan lagi mood anda untuk mendengar single ini.

Sambil membaca artikel ini, anda boleh dengar single terbaru tersebut (Good Vibrations) bagu menambahkan lagi mood untuk membaca dan menyelusuri tentang Hey Jay!:

Tidak dinafikan kenapa lagu mereka ini telah disenarai dalam dua editor playlist Spotify Asia iaitu New Music Friday dan Fresh Finds SG & MY.

Selain itu, single terbaru ini juga dibikin selepas mereka menghasilkan dua single lain — Never-End dan Good To Go. Kemungkinan mereka banyak belajar dan bereksperimen dari dua single itu dalam menghasilkan Good Vibrations.

Dua single mereka ni sebenarnya membuahkan banyak pencapaian dalam menjadi sebuah band yang berjaya.

Never-End:

  1. Never-End pernah dimainkan di Indie Rampage Radio (U.S).
  2. Single ini pernah dimainkan di Yek Yek Je Radio (SG).

Anda boleh menyelusuri ke alam muzik rock alternatif melalui Never-End:

Good To Go:

  1. Good To Go pernah dimainkan di Indie Rampage Radio (U.S).
  2. Tersenarai dalam Rakita FM’s Lokalah Chart pada tahun 2020.

Anda boleh menonton sambil mendengar muzik video Good To Go di bawah:

Apa-apapun, tahniah Hey Jay! untuk single terbaru ini. Diharapkan anda semua akan membawakan sesuatu menarik yang boleh menambahkan lagi bilangan crowd untuk anda semua.

Hey Jay! dibarisi oleh manusia-manusia yang mempunyai pengalaman tinggi dalam bidang muzik:

  1. Jay Ridzwan (vokalis & gitaris).
  2. WK aka Wak (drummer & penyanyi bantuan).
  3. Syakir Khalid (bassist & penyanyi bantuan).
  4. Boy Azhar (lead, rhythm gitaris & penyanyi bantuan).
  5. Fazli aka Stuart (lead, rhythm gitaris & penyanyi bantuan).
  6. Felicia (keyboardist & penyanyi bantuan).

Jika ingin mengetahui sebarang info terkini tentang mereka, anda boleh lihat media sosial mereka:

  1. YouTube: Hey Jay Band
  2. Instagram: jayridzwan
  3. Facebook: Jay Ridzwan
  4. Twitter: jayridzwan

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅