Kerajaan Selangor Lantik The Times Jadi Ikon AADK Banteras Dadah – Dengar Semula Lagu ‘Picagari’

oleh Iscandarz
898 views

Kumpulan The Times menempa haluan baru apabila dilantik kerajaan negeri Selangor sebagai ikon Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) hari ini.

Perkara ini diumumkan oleh AADK Selangor yang melahirkan rasa berbesar hati dapat bekerjasama dengan kumpulan yang diketuai saudara Naza itu. Kemungkinan besar satu lagu baru bertemakan anti dadah akan dikeluarkan The Times bagi kempen tersebut.

The Times sendiri tidak asing dalam pelbagai kempen anti dadah sebelum ini dan pernah mengeluarkan lagu ‘Picagari‘ yang mengisahkan tentang anak muda yang bergelut dengan penyalahgunaan dadah sehingga melukakan ibunya sendiri.

The Times, yang merupakan kumpulan Indie kedua terbesar Malaysia selepas OAG sendiri selalu menasihatkan peminat mereka dalam gig-gig agar tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah sehingga boleh membawa mudarat.

Pelantikan ini juga merupakan satu pengiktirafan kepada kumpulan muzik independen tempatan dan diharap lebih banyak agensi dan pihak berkuasa tempatan mencontohi inisiatif kerajaan negeri Selangor ini.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati