Syakir & The Rombongan Teruskan Legasi Blues Malaya

oleh Rahmat Mohd Did
2K bacaan

Jujur saja, bila kali terakhir anda dengar anak muda main muzik blues? Mungkin akibat kurangnya minat dalam kalangan pendengar muzik tempatan lebih-lebih lagi remaja terhadap genre cetusan Amerika ini, menyebabkan kita hanya mampu memetik nama Blues Gang sahaja jika bercerita tentang blues.

Mujurlah baru-baru ini Syakir & The Rombongan keluarkan EP Jika Kau Biru mengandungi tiga lagu yang pada pandangan penulis amat baik dan sesekali menggetar jiwa. Ada juga legasi baharu daripada asyik mengulang putar lagu-lagu artis-artis luar negara dan Blues Gang sahaja.

Dua lagu dalam EP ini dinyanyikan dalam Bahasa Melayu dan penulis memilih MJB sebagai trek kegemaran. Sebuah trek yang benar-benar mengimbau vibe nusantara blues ala Blues Gang dengan petikan solo epik yang sangat berlemak dan menggigit, pastinya resipi menggegar pentas jika ditonton secara langsung.

Searching dan Lagu Tentang Bell juga adalah dua buah trek yang ‘layan,’ tetapi pada pendapat peribadi penulis, Syakir perlukan lebih karakter dan penghayatan dalam lantunan vokal beliau. Barulah betul-betul sampai feel blues tu! Dari segi persembahan muzik, tiada masalah kerana unit ini terdiri daripada pemuzik-pemuzik yang berpengalaman.

Jika Kau Biru adalah naskah pengenalan yang sangat baik daripada Syakir & The Rombongan dan boleh dijadikan penanda aras kepada band-band lain yang ingin turut sama memeriahkan scene blues di Malaysia. Tahniah kepada kalian dan semoga terus menghasilkan lagu-lagu yang lebih baik dan memberi impak kepada industri selepas ini.

Syakir & The Rombongan adalah:

Syakir: Penyanyi/ Gitaris

Azlan Ramli: Bassist/ Penyanyi/ Gitaris

Aloysius J: Pemain dram

Keith Kamalaraj: Gitar/ Penyanyi latar

Ikuti Syakir & The Rombongan di:

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅