Pada awal milenial sekitar tahun 2002, skena muzik tempatan telah melahirkan sebuah band yang dikenali sebagai Nervedeless, dibarisi para gig-goers di Kepong, Kuala Lumpur. Kini mereka dianggotai oleh Faiz (vokal dan gitar), Jep (bass), Andy (dram) dan tidak lupa juga arwah Azlan Zahari selaku pemain gitar sebelum pergi buat selamanya pada tahun 2022.
Kehilangan seseorang yang penting dalam hidup pastinya memberikan kesan yang mendalam. Mungkin itulah yang ingin disampaikan oleh Nervedeless di dalam naskah terkini mereka berjudul Foreign sebagai tribute kepada arwah Azlan.
Naskah berdurasi 4 minit 19 saat ini dilatari dengan permainan dram yang kemas dan tajam bunyinya. Lagu yang diberikan kesan khas pada vokal pada minit awal menarik perhatian penulis. Nervedeless yang menjadikan grunge sebagai pasak utama dalam menghasilkan muzik membuktikan terbitan single ini adalah lebih segar dan matang berbanding terbitan-terbitan sebelum ini yang lebih raw.
Nervedeless telah berevolusi dalam seni bunyiannya beberapa kali dan pada single kali ini keseluruhan asimilasi intrumen dicambah dengan baik. Bagi penulis bunyian pada rilisan ini juga ada terselit elemen post-alternative yang diadun bersama elemen grunge.
Foreign seperti menceritakan tentang perjalanan mereka selepas pemergian Azlan. Tetapi, lagu ini sebenarnya berkisar tentang isi hati penulisnya yang ingin berada di suatu tempat yang sangat diimpikan walaupun tidak berhak. Bait lirik pada korusnya, “Never thought I could get any better than this” membuatkan penulis merasa lagu ini seakan sebuah tribute untuk arwah Azlan. Pada minit 2:22 juga diberikan sentuhan solo gitar yang ringkas, sesuai dengan konsep lagu ini yang easy -listening.
Di sebalik evolusi yang dilalui Nervedeless, terdapat juga beberapa cabaran buat mereka untuk menyiapkan rilisan ini agar sempurna di telinga pendengar. Penulis sempat bertanya kepada Faiz yang sempat berkongsi bagaimana Nervedeless bangkit kembali setelah kehilangan gitaris utamapada tahun 2022 dan adakah ia memberi kesan dari segi penulisan naskhah terbaharu ini.
Sejujurnya agak berat untuk meneruskan. Sebab pada masa itu, Pertama: bukan senang untuk mencari ganti bandmate seperti arwah Azlan. Senang bekerja dengan arwah sebab arwah sentiasa positif. Kedua: kerana hanya Faiz dan arwah Azlan yang berada di Kuala Lumpur. Jep (bassist) melanjutkan pelajaran di Australia dan Andy (drummer) dipindahkan ke Sabah atas urusan kerja.
Faiz juga berterima kasih kepada semua rakan yang terlibat membantu sebagai sessionist. Mungkin agak berat juga tugas yang digalas Faiz.
Dari segi kesan perubahan selepas ketiadaan arwah Azlan, aku terpaksa reka sendiri line guitar dan rekod sendiri untuk part first guitar. Sebelum ini biasanya proses lagu, aku akan siapkan dulu dan pass kepada arwah untuk improvasi dari segi line guitar.
Nervedeless juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para sessionist tetap kami, Tarmimi, Bhuvan dan Erwin bukan saja tolong practicekan lagu Foreign, tapi juga membantu Nervedeless di gig-gig kerana buat masa ini hanya Faiz yang berada di Kuala Lumpur.
Jika ditanya penulis, lagu ini boleh dikatakan lebih matang dari segi susunan apabila dibandingkan dengan lagu-lagu yang pernah mereka mainkan sebelum ini. Buat pengetahuan semua, lagu ini sebenarnya telah ditulis sejak 2019 lagi di mana gitaris mereka, arwah Azlan masih berada di samping mereka. Namun, penulis kagum dengan usaha yang dilakukan kerana proses pra-produksi kali ini dijalankan hanya dengan menggunakan telefon pintar dan aplikasi BandLab. Seterusnya bahagian instrumen lain dirakam secara sendirian di tempat masing-masing. Stereopixels juga menjadi saksi rakaman bagi bahagian dram di dalam lagu ini sebelum ia disudahkan dengan vokal dan gitar dari Faiz sendiri. Lagu ini juga boleh diakses melalui platform strim digital Spotify.
Penulis juga sempat bertanya kepada Faiz tentang perancangan mereka yang seterusnya. Menurut beliau, Nervedeless akan merilis beberapa single lagi sebelum meluncur EP pada suku kedua 2024.
Tahniah buat semua yang terlibat dalam pembikinan naskah ini. Pihak Music Addicts Malaysia juga mendoakan kejayaan Nervedeless untuk rilisan EP yang akan datang nanti.
Ikuti Nervedeless di