i-bands.net adalah antara beberapa laman web yang pernah popular suatu ketika dahulu kerana menyimpan khazanah muzik alternatif/ underground tempatan serta menyediakan platform kepada pemuzik untuk menyediakan profil dan perkembangan terkini masing-masing.
Ditubuhkan pada 2004, i-bands.net juga menjadi tapak forum perbincangan sesama peminat muzik dan lubuk muat turun lagu-lagu independen tempatan. Dahulu, selain Myspace, boleh juga cari info dan lagu-lagu demo band terkini di sini.
Setelah berpuluh tahun tidak aktif akibat perkembangan pesat teknologi, i-bands.net akhirnya mengumumkan bahawa mereka bakal kembali dengan wajah terbaharu. Pengumuman tersebut dibuat di laman Facebook rasmi mereka pada 21 Mac 2022.
https://www.facebook.com/ibandsnet/photos/a.1018017019119501/1018013632453173
Menurut pengasas/ pengendali laman web tersebut, beliau mahu mengaktifkan kembali i-bands.net sebagai laman arkib muzik-muzik tempatan. Tambahnya dalam satu komen di grup Facebook i-bands.net:
“I was planning to bring back the old i-bands site as an archive site but stumbled into some issues when setting it up. And since there’s very limited time to work on the project due to day job commitments, it was put on hold for a while. But that’s the current target. Set the old site as an archive so that those who had uploaded their songs could retrieve them back. Once I have a bit of time on my hand, I will continue the work.“
Ini pastinya berita baik kepada semua pemuzik dan peminat muzik yang teringin mengembalikan nostalgia waktu remaja mereka dengan memuatturun semula lagu-lagu yang pernah ada di laman web tersebut suatu ketika dahulu. Semoga projek ini jadi kenyataan tidak lama lagi.

Statistik 10 band terbaik i-bands.net sebelum dibubarkan
Ikuti laman Facebook rasmi dan grup Facebook i-bands.net untuk perkembangan terkini mereka.