Cisco (comel je nama) yang berasal dari Ipoh baru sahaja melancarkan demo pertama yang bertajuk Ilham Dari Silam pada 13 Jun 2021.
Ditubuhkan pada awal 2021 dan dianggotai oleh Syed Faiz (vokalis/gitaris), Naquib (gitaris), Aiman (bass) dan Nik (dram), Cisco memberi fokus kepada genre seperti Pop, Funk dan sedikit suntikan Balada.
Walaupun dunia sedang dilanda pandemik Covid-19 yang tidak pernah berkesudahan, masih ada semangat yang tercipta dari setiap band yang ingin memasarkan lagu mereka dan cuba untuk merangkak dari bawah. Walaupun masih baru, Cisco dianggotai oleh insan-insan yang mempunyai pengalaman dalam industri muzik tanah air dan sasaran mereka ialah untuk menembusi pasaran dengan idea segar daripada setiap ahli.
Untuk demo single Ilham dari Silam ini, mereka menggunakan kaedah mobile recording di mana masing-masing melakukan proses rakaman di rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan. Menurut Aiman:
“Proses recording ni totally mobile recording. Nik drummer record di rumah dia, aku dan vokalis syed record vocals dan guitar kat rumah aku di Ipoh. Naquib record guna garageband. Produced by Nik dan mix mastering juga oleh Nik. Disebabkan PKP, ini sahaja cara yang mampu kami buat.”
Menurut Aiman lagi, single ini ditulis sepenuhnya oleh Syed Faiz dan mengisahkan tentang kisah lama beliau di mana beliau pernah mempunyai band yang tidak bertahan lama.
“Aku jumpa dia, dekat event Ipoh songwriters Club punya event, dia salah sorang performer dari situ aku kenal dia. And this one is first demo aku dengan dia dan juga Cisco. Pasal band lama aku, lagu ni ada related juga dengan situasi aku dengan diorang. Cuma bukan aku yang tulis lagu ni, tapi macam takdir yang lagu ni hadir lepas apa terjadi antara aku dengan diorang.”
Sedikit bedah siasat dari penulis, demo ini merupakan sebuah kickstart yang baik. Bukan sekadar pada idea, namun penulis juga berminat dengan proses susunan lagu yang diterapkan. Dan penulis mengharapkan mereka dapat merekodkan lagu ini secara professional di masa hadapan kerana pada ketika ini trek ini merupakan trek yang akan didengari oleh penulis pada setiap pagi ditemani kopi panas dan rokok.
Penulis juga bertanya tentang hala tuju Cisco selepas ini dan ini adalah jawapan beliau:
Cisco akan keep buat demo, sampai satu masa akan record di studio yang proper. Kami cari masa untuk jamming sekali sebab PKP kan, ni pun buat semua online. Selepas ini, akan hadir material baru by projek Aiman Cisco, projek solo aku. This one special sikit sebab aku collab dengan projeckt capsule, untuk buat MV. Akan diceritakan story-story aku dalam MV tu nanti. But bila habis PKP, baru akan sambung projek ni. Untuk Cisco, Syed dan Aku akan terus buat demo, dan keep berkarya dalam situasi sekarang yang sukar ni.
Tahniah buat Cisco atas pelancaran demo ini. Semoga kalian dapat menghasilkan produk yang berkualiti dan memberi impak kepada industri muzik tanah air. Adios!
Ikuti Cisco di: