Joe Biden Anjur Konsert Virtual: Fall Out Boys Turut Serta

oleh Chiv Iscandar
1.3K bacaan

Presiden baru Amerika, Joe Biden telah menganjurkan satu konsert virtual ‘We The People‘ selama 3 hari sempena upacara pemasyhuran beliau pada 20hb Januari 2021 ini.

Konsert tersebut akan turut disertai ramai nama popular seperti Lady Gaga, Bon Jovi, Ben Harper dan berbagai-bagai lagi. Antara pengacara terlibat ialah Tom Hanks.

Band emo punk kesukaan ramai, Fall Out Boys (FOB) juga turut menyertai. FOB adalah penyokong tegar Joe Biden semasa pilihanraya lepas. Ini kerana ibu bapa bassist, Pete Wentz pernah bekerja dengan Joe semasa beliau menjadi senator sekitar 1970-an.

Berminat menyaksikan, boleh beli tiket sambil menderma di pautan: https://secure.actblue.com/donate/pic2021_fr_01172021concert

Tahniah Presiden baru, pakcik Joe Biden!

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅