Sydney Sprague, vokalis perempuan pop-alternative telah mengeluarkan EP terbaru ‘object permanence’ di bawah Rude Records serta edaran label punk rock Hopeless Record pada 15 Januari 2021.
Berasal dari Austin, Texas, Sydney boleh disifatkan mempunyai vokal manja feminis ala-ala Michelle Branch (Everywhere) atau Vanessa Carlton (OST White Chick ‘A Thousand Mile’).
EP terbaru Sydney Sprague ini mengandungi 4 lagu berentak Alternative Pop iaitu object permanence, staircase failure, steve dan i refuse to die.
Ada beberapa lagu yang sangat menarik antaranya steve dan i refuse to die.
Sekiranya anda sukakan vokalis ala Michelle Branch yang manja-manja getah gitu dengan nukilan puitis yang syahdu, boleh kenali Sydney Sprague di peti Spotify, Facebook atau pautan laman rasmi beliau: https://www.sydneysprague.com/
Pasti mengujakan terutama peminat-peminat genre Alternative, layan!
#ChivasAlexandria