Merupakan sebuah album politik, Animals, album studio kesepuluh oleh band progressive/space rock Inggeris, Pink Floyd dilancarkan hari ini tahun 1977, 44 tahun yang lalu. Dirakam dan diterbitkan di Britannia Row Studios, sebuah studio mereka sendiri.
Album ini meneruskan komposisi lagu-lagu berdurasi panjang yang membentuk karya sebelumnya, seperti Wish You Were Here (1975). Mendapat kritikan positif dan merupakan sebuah album yang berjaya secara komersial dengan menduduki tangga ke 2 dan ke 3 di UK dan US.
Animals adalah sebuah album konsep yang fokus kepada sosio-politik British ketika itu, dengan penukaran cara permainan dari hasil kerja mereka sebelum ini.
Kulit album mereka, menunjukkan seekor babi “inflatable” yang terapung di antara serombong asap stesen janakuasa Battersea, diilhamkan oleh pemain bass dan penulis lagu, Roger Waters dan telah direkabentuk oleh pencipta kulit album-album mereka sebelum ini, Storm Thorgerson.
Tiada single dikeluarkan untuk mempromosikan album ini, tetapi mereka mempromosikan lagu-lagu di dalam album ini sepanjang jelajah In the Flesh pada tahun 1977.
Kegelisahan Waters dengan penonton semasa jelajah ini mengilhamkan album mereka seterusnya, The Wall (1979). Peminat tegar Pink Floyd pasti meminati album ini. Kepada pendengar baharu, jika tidak pernah dengar lagu-lagu dari album ini, boleh cuba dengar. Pilihan Penulis adalah Dogs.
Pigs On the Wings Part 1 & 2 ini adalah asalnya, tetapi solo gitar dimainkan oleh Snowy White, bukan David Gilmour. Versi ini hanya ada dalam beberapa cetakan kaset dan cartridge 8 track sahaja.
#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #Animals #PinkFloyd #Political #AnniversaryAlbum #DavidGilmour #RogerWaters #NickMason #RichardWright