Mengapa Lagu Kumpulan New Radicals jadi Antem Keluarga Presiden Joe Biden

oleh Iscandarz
838 bacaan

Siapa masih ingat kumpulan New Radicals yang pernah popular dengan lagu ‘You Get What You Give‘? Sekiranya membesar semasa zaman Alternatif atau Hitz FM lewat 90-an, pasti akan pernah menonton video klip lagu ini yang sering ditayangkan di saluran NTV7 suatu ketika dulu sekitar tahun 1998.

Semalam, kumpulan ini telah bergabung semula setelah 22 tahun berpecah untuk muncul dalam konsert virtual ‘Parade Across America’ sempena upacara pemasyhuran presiden Amerika yang baru, Joe Biden.

Lagu tersebut menjadi antem yang sangat bermakna kepada presiden Joe Biden kerana ia adalah lagu kegemaran anak lelaki beliau, Beau Biden yang telah meninggal dunia akibat kanser otak pada tahun 2015.

Menurut Gregg Alexander, vokalis New Radicals mereka memang memasang niat untuk bergabung jika Joe menang presiden setelah mengetahui lagu mereka menjadi antem kegemaran keluarga presiden.

“Wa suruh budak-budak wa standby reunite kita perform bukan untuk kita tapi kepada semangat Beau dan seluruh Amerika untuk kembali gemilang di bawah presiden Joe”.

Anak Biden dikatakan sering memainkan lagu ini setiap pagi ketika terlantar sakit di rumah. Menurut ceritanya, Beau memainkan lagu itu bukan untuk dirinya, tetapi kepada keluarganya agar “sentiasa tidak berputus asa dengan harapan dan jangan biarkan kesedihan mendakap kita”.

Lagu, adalah perjalanan sebuah cerita kehidupan dan bagi Joe Biden, lagu New Radicals inilah talian memori ke atas anak beliau – lambang ikatan sebuah keluarga.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅