Kabus Tawar ‘Ubat Penenang’ Di Waktu Tertekan

oleh Mohd Aqil Aiman
2.9K bacaan

Selepas setahun, KABUS, sebuah band rock yang terbina pada tahun 2019 kembali menampilkan bakat dalam sebuah lagu yang berjudul Kill This Thought, juga merupakan single pertama mereka dalam bahasa Inggeris. Kumpulan yang bertapak di Petaling Jaya, Selangor ini meriliskan lagu terbaru mereka pada 31 Ogos 2021 sempena 64 tahun negara kita bebas dari jajahan kuasa luar.

Sebelum ini, mereka sempat menerbitkan dua buah single iaitu Bukan Ini Yang Ku Mahu pada tahun 2019 dan Masa Berganti Masa pada tahun 2020. Menurut mereka, percubaan ketiga ini adalah eksperimentasi Kabus untuk meneroka bunyian baharu dan mengembangkan lagi proses susunan muzik mereka ke tahap baharu dengan percampuran lebih banyak elemen.

Kill This Thought membawa vibe yang tenang seperti yang dapat kita dengar dalam lagu Coldplay – Yellow. Jika kita dengar  persembahan instrumentasinya, lapisannya sangat kemas dan jelas. Syabas kepada Hadeef Azlan sebagai penerbit dan ATAS by Bijan FX, studio rakaman yang menyuntik magis dalam naskah ini.

Buah tangan Kabus kali ini dipena sepenuhnya oleh sang vokalis, Fadhil Rushdan. Menurutnya, tujuan lagu ini dicipta adalah untuk memberi kesedaran tentang individu-individu yang menderita penyakit mental.

Mesejnya adalah supaya mereka sedar yang mereka tidak bersendirian, dalam masa sama menawarkan ekapisme dalam dunia yang memusnahkan.

Lirik lagu ini menjentik banyak jiwa, lebih-lebih lagi dengan apa yang melanda dunia dari tahun 2020 sehingga kini. Kabus sendiri berjuang untuk terus kekal relevan dengan usaha mereka merakam dan menerbitkan single ini walaupun dengan komitmen setiap anggota dan cabaran yang terpaksa dihadapi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak berkesudahan. Harapan Kabus, dengan adanya single ini, mereka dapat sama-sama berkongsi perasaan dengan pendengar.

Ikuti Kabus di:

Facebook

Instagram

Twitter

YouTube

Spotify

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅