Mohammad Aizuddin Khamis muncul juara Pertandingan Nyanyian Merdeka 2021 anjuran Persatuan Aktivis Muzik & Seni Batu Pahat (PAMS-BP) dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batu Pahat P150.
Diumumkan dalam Facebook, Aizuddin menewaskan sebilangan peserta dari seluruh pelusuk negara.
Saksikan persembahan video Aizuddin yang merangkul tempat pertama dengan lagu ‘Fatwa Pujangga’ yang diolah kreatif dengan tema kemerdekaan dan patriotik.
Hadiah-hadiah lain seperti Likers Terbanyak (Dkay The Busketeers), Bintang Kecil (Nur Suci Elysha) dan Video Kreatif (Saffront Music).
Beberapa nama besar dalam bidang busking seperti Chintakarya Family (Wak Jeng) dan SaraSara Akustika turut memeriahkan pertandingan yang dijalankan secara online tersebut.
Sebanyak 142 penyertaan diterima sepanjang 2 minggu sebelum 29hb Ogos lepas. Banyak bakat vokal yang hebat telah ditemui dalam siri pertandingan itu dan pengerusinya, Zainalabidin Ibrahim (Enal) yang juga bekas pemain bass kumpulan 90-an Metafora turut memuji komitmen setiap artis/peserta yang menyertai sambil memupuk semangat kenegaraan. Menurut beliau, selain kriteria vokal yang mantap, faktor keaslian vokal (originaliti) turut dititkberatkan memandangkan banyak peserta mempunyai standard yang tinggi.
Bagi makluman lanjut tentang aktiviti akan datang Persatuan Aktivis Muzik & Seni Batu Pahat (PAMS-BP), boleh Like FB: https://www.facebook.com/pages/category/Arts—Entertainment/Persatuan-Aktivis-Muzik-Seni-Batu-Pahat-Pams-BP-100474682238217/
YouTube Channel (PAMS-BP): https://www.youtube.com/channel/UCf2ZxURCfl5DVlgTvTLYObg