Nama Kelab 27 (27 Club) mula muncul pada tahun 1994 selepas kematian mengejut Kurt Cobain (Nirvana) pada umur 27 tahun di mana Mat Rock mengaitkannya dengan artis-artis popular lain seperti Jim Morrison dan Janis Joplin yang turut mati di usia sama.
Selepas kematian Amy Winehouse pada umur 27 tahun pada 2011, nama Kelab 27 menjadi semakin popular dan ramai ahli teori konspirasi mengaitkannya dengan ‘menjual jiwa kepada syaitan’ dan sengaja membunuh diri untuk hidup di alam lain bersama-sama selebriti Kelab 27 padahal kita semua tahu asbab kematian selebriti-selebriti ini kebanyakannya adalah disebabkan gaya hidup yang liar dan depresi.
Sekarang, teori Kelab 27 ini ternyata sekadar terma budaya pop yang tidak membawa apa-apa makna kerana tiada tanda-tanda ia mempunyai corak (pattern) akan berterusan kerana walaupun agak ramai selebriti yang mati di usia muda, bukan semuanya mati pada usia 27 tahun. Ia hanyalah sekadar kebetulan.
Antara Selebriti Popular Yang Mati Pada Usia 27 Tahun:
1. Robert Johnson – Lagenda Delta Blues (1938)
2. Brian Jones – Rolling Stones (1969)
3. Alan Wilson – Canned Heat (1970)
4. Jimi Hendrix – Gitaris Lagenda (1970)
5. Janis Joplin – Penyanyi/ Big Brother and the Holding Company (1970)
6. Jim Morrison – The Doors (1979)
7. Ronald McKernan – The Grateful Dead (1973)
8. Dave Alexander – The Stooges (1975)
9. Pete Ham – Badfinger (1975)
10. Jean-Michel Basquiat – Pelukis (1988)
11. Kurt Cobain – Nirvana (1994)
12. Kristen Pfaff – Hole (1994)
13. Amy Winehouse – Penyanyi (2011)
14. Anton Yelchin – Pelakon (2016)
Di Malaysia pun kita pernah digemparkan dengan kematian Achik Spin di usia 27 tahun pada 2010. Ada lagi tak selain tu?