Ozielzinho – Brazilian Speed and Soul Guitar Hero

oleh Rahmat Mohd Did
2.9K bacaan

Siapakah gitaris tidak ternama yang kalian sayang melebihi gitaris ternama lain?

Bagi penulis, tiada yang lain selain Ozielzinho.

Gitaris dari Brazil ini sangat unik bagi penulis dari segi tone, skill dan feeling. Beliau tidak pernah menonjol kerana tidak mempunyai band malah hanya berkongsi videonya di YouTube sahaja sejak tahun 2006.

Walaupun tidaklah sepopular Steve vai, Jimmy Page, Joe Satriani, Eddie Van Halen dan lain-lain, tetapi Ozielzinho sangat sempurna kerana beliau mampu bermain dengan sangat laju dengan tone yang bersih, juga mampu bermain dengan sangat perlahan, melodik serta mendayu-dayu dan adakalanya menggabungkan kedua-dua elemen ini dalam satu lagu yang epik.

Cuba bayangkan Yngwie Malmsteen dan David Gilmour digabung menjadi satu.

Dari segi penulisan lagu, ia sangat kena dengan selera penulis yang sukakan Hard Rock, Blues Rock, Neo-Classical dan Power Metal. Jangan tak percaya, Ozielzinho juga mampu bermain Country jika dia mahu.

Ozielzinho berkongsi tips gitar di saluran YouTube-nya.

Jadi apa maknanya di situ? Ya, Ozielzinho adalah seorang gitaris yang sangat versatil! Beliau juga adalah komposer yang sangat baik. Itu antara sebab mengapa beliau menjadi cult idol kepada sebilangan kecil peminat di seluruh dunia. Di China, namanya sangat popular!

Improvisasi Far Beyond the Sun yang lebih gila? Celah gigi sahaja!:

Pada tahun 2009, beliau menyertai Pertandingan Guitar Idol dan telah mendapat tempat kedua. Tempat pertama dimenangi oleh Jack Thammarat dari Thailand.

Ozielzinho beraksi di pentas final Guitar Idol 2009.

Impian Ozielzinho untuk meriliskan album solo sendiri akhirnya tercapai pada tahun 2013, dengan sebuah album berjudul A Procura.

A Procura, album solo pertama Ozielzinho.

Kalau kalian seorang gitaris atau mencari gitaris yang versatil, Ozielzinho adalah jawapannya. Penulis tidak pernah ada satu pun album gitar solo di dalam playlist kecuali A Procura. Bagi penulis, ia adalah masterpiece. Masih ternanti-nanti album baharu Ozielzinho sehingga sekarang.

Trek pilihan? Sudah tentu Isabella. Ia adalah lagu pertama yang membuatkan penulis terus jatuh cinta dengan Ozielzinho.

Nota: Lagu asal pada tahun 2006 ini sedikit berbeza dengan versi album tahun 2013.

Lagu-lagu mantap Ozielzinho yang lain:

– Cross
– Argos
– Wolverine
– Re Menor

Kalau kalian nak dengar album penuh A Procura, boleh cari di Spotify dan Tidal.

“Nama macam Mesut Ozil, muka macam Edinson Cavani.”

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅