KINI KU SEPI : BANGKIT SEBUAH NOSTALGIA

oleh Esa Zuan
1.4K bacaan

Mendengar single terbaharu Joanna & Co., penulis terimbau nostalgia lagu bernuansa citypop/J-Pop circa 80 hingga 90-an. Perasaannya seperti sedang memutar album Sheila Majid – Emosi tahun 1986 yang terkandung lagu seperti “Tua Sebelum Waktunya” dan “Sinaran.”

Kali terakhir mereka hadir dengan single “Go Ahead,” penulis sudah melihat mereka bijak memilih halatuju muzik dengan kesesuaian vokal milik ratu mereka, Joanna. Ekperimentasi mereka tidak berlaku secara drastik dan masih lagi mengekalkan elemen soft rock yang ada sejak “Aku Pelangi.”

Menurut Joanna, lagu yang melalui proses rakaman selama lebih 2 bulan ini sebenarnya bermula dengan irama R&B. Tetapi hasil kolektif idea bernas mereka bersama sahabat pemuzik serta rakan sejawatnya yang lain, “Kini Ku Sepi” terhasil seperti apa yang kita dengar sekarang. Jelas semua berpuas hati dan kualiti produksinya langsung tidak mengecewakan.

Komposisi dan susunan muziknya tak mudah ditafsir. Segar tetapi nostalgik, baru tetapi klasik, komersialnya tetap artistik. Senang cerita, mudah mendapat tempat di halwa telinga penulis dan mengulang dengarnya tak dipaksa-paksa. Mungkin penulis perlu lebih masa untuk menerima karya duo bilik tidur yang kurang lebih genrenya ditambah suntikan elekro-retro.

Untuk rekod, Joanna & Co. pernah berhiatus selama 8 tahun sebelum kembali aktif. Dengan hadirnya material berkualiti seperti ini, ayuhlah banjiri komen ‘NAK ALBUM’ di muzik video mereka agar penghargaan mereka terbalas langsung menyihatkan tumbesaran industri. Terus maju!

#8DCordo

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅