Kisah Cinta Fatamorgana – Modread & Heidi Moru Bergandingan Dalam ‘Cinta’

oleh Rahmat Mohd Did
2.4K bacaan

 

Setelah kali terakhir menerbitkan single Melarayu pada November 2020, Modread kembali dengan naskah terbaharu pada 20 Mac 2022 berjudul Cinta.

Jika di single terdahulu mereka menampilkan Riko dari SOG, kali ini Modread menampilkan penyanyi wanita paling ‘laku keras’ kebelakangan ini, Heidi Moru untuk menghiasi single dan video muzik (MV) terbaharu mereka.

Cinta adalah sebuah balada dengan nuansa gelap tentang cinta antara ‘dua dunia’ yang terkurung di atas fatamorgana atau khayalan dan tidak mungkin bersatu. Ya, ada sedikit mood Pelukan Angkasa di situ tetapi trek ini dari segi komposisinya lebih berat ke arah elektronika dan strings yang epik.

Menurut Modread, Cinta ditujukan khas buat pencinta muzik tidak kira independen mahupun arus perdana dalam meraikan scene muzik yang kembali aktif dan meriah selepas mengharungi waktu sukar dalam tempoh yang agak lama disebabkan wabak Covid-19.

“Di sebalik Cinta tersirat satu mesej bagi mereka yang obses dan rindu akan sesuatu yang tidak ditakdirkan untuk dimiliki. Kesengsaraan individu dalam melawan keinginan tersebut untuk tidak terus berada dalam mana-mana sudut hati harus diberikan satu penghargaan dalam perspektif seni, melodi dan bibit-bibit lirik.”

Tambah mereka lagi, Cinta dari sudut perjalanan seni Modread merupakan sebuah trump card bagi membina fan base untuk memperkukuhkan jenama Modread supaya terus konsisten disebut, dipuji dan dikritik di mana-mana platform seni dan secara tidak langsung menjadi pemangkin untuk Modread terus berkarya dan memeriahkan industri muzik negara.

MV bertema gothik yang mengiringi single Cinta dirakam di Sacred Heart of Jesus, Pagar Teras, Majlis Bandaraya Seberang Prai.

Dengarkan Cinta di platform strim digital pilihan anda dan tonton MV mereka di YouTube. Ikuti juga media sosial rasmi Modread untuk perkembangan terkini mereka.

Facebook

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅