Kolaborasi An Honest Mistake Bersama Bekas Pemenang Tempat Ketiga Akademi Fantasia Lahirkan ‘Too Good To Be True’

oleh Anome
1.8K bacaan

An Honest Mistake.

Kugiran pop-punk prolifik, An Honest Mistake (AHM) baru sahaja mengumkan pelancaran single terbaru mereka berjudul Too Good To Be True pada tanggal 22 Julai 2022 dengan jangka masa selama 3 minit 33 saat.

Lagu ini merupakan sebuah kolaborasi antara AHM dan Reshma yang kini menetap di New Zealand. Kisah di sebalik penciptaan trek ini boleh dikatakan agak menarik, bermula dengan pebualan telefon antara Darren dan Reshma, 4 jam kemudian terciptalah lagu ini.

Tatkala orang ramai melihat kewujudan pandemik Covid-19 sebagai satu ancaman, kedua-dua individu ini melihatnya sebagai waktu untuk bermuhasabah dan tenggelam di dalam emosi masing-masing. Ianya merupakan waktu yang tepat untuk meneroka sisi baru industri muzik.

Reshma.

Reshma merupakan pemenang tempat ketiga petandingan bakat paling popular di Malaysia, Akademi Fantasia pada tahun 2016 dengan hanya sedikit pengalaman dan pengetahuan di dalam industri muzik. Melalui pertandingan-pertandingan yang disertai, Reshma mengasah bakat dirinya dalam seni persembahan.

Keunikan dan kualiti nada vokal beliau berjaya mendapatkan beliau kontrak di bawah KRU Studio dan kemudiannya di bawah pengurusan Xeno, berjaya melahirkan beberapa single berentak pop. Tahun 2020 merupakan tahun pemangkin untuk beliau bergerak secara independan dengan mendalami Sevdaliza dan Banks sebagai pengaruh dalam penulisan.

Bekerjasama dengan AHM, Too Good To Be True telah ditulis sepenuhnya lirik dan melodinya oleh Reshma seteleh menerima trek demo. Lagu ini mempersoalkan makna cinta di mana ianya selalu digambarkan oleh masyarakat dengan perkara-perkara indah. Jika cinta adalah pengakhiran untuk setiap perhubungan, maka apa yang tinggal jika cinta itu tidak lagi wujud?

Perkara ini adalah antara beberapa persoalan yang menghidupkan lagu ini. Hidup berjauhan dengan rakan-rakan dan keluarga juga merupakan penyumbang terhadap emosi di dalam lagu ini.

Di pihak AHM pula, kugiran ini teruja dalam meneroka bunyian-bunyian baharu dan menganggap lagu ini sebagai satu cabaran untuk keluar dari kepompong sedia ada. Tiada lagi driving guitar, distortion guitar, scream vocal mahupun breakdown. Minimal tetapi penuh dengan impak untuk memberikan ruang buat vokal menyinar.

Bersama Reshma, mereka berharap untuk memberi inspirasi kepada para pendengar agar sentiasa bersikap ingin tahu serta retrospektif dalam perjalanan menjadi individu dan insan yang lebih baik.

Dengarkan Too Good To Be True di platform penstriman Spotify dan Youtube rasmi An Honest Mistake serta ikuti saluran media sosial rasmi mereka untuk informasi terkini.

Instagram An Honest Mistake

Instagram Reshma

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅