Divide Kembali Mengganas Menerusi ‘Lust’

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1.4K bacaan

Seakan rindu dengan sisi gelap dan agresifnya, Kugiran Post-Hardcore Jakarta, Divide kembali mengganas di single terbaharu berjudul Lust yang dilancarkan secara rasmi pada 22 Julai 2022.

Setelah hampir dua tahun mereka mengeluarkan single Menyakitkan dan Selamatkan Aku, band yang bernaung di bawah kelolaan The Golden Legacy ini kembali ke arah liarnya yang selama ini menjadi cap mohor mereka.

‘Lust’ adalah trek fast and heavy dengan suntikan nu-metal 2000-an yang penuh agresif dengan tetap mengedepankan catchiness yang selalu menjadi formula terbaik mereka. Lagu ini juga adalah sebuah persembahan buat para pendengar yang rindu akan sisi Divide yang lebih keras.

Selari dengan muzik yang penuh kemarahan, single ini berkisar tentang topik yang cukup gelap iaitu tentang isu ketidakpercayaan, kekecewaan, dan tingkah laku umum seorang manusia yang sering melakukan kejahatan disebabkan hawa nafsu yang mendadak. Topik negatif ini telah diperkemaskan dalam muzik Divide yang penuh amarah dan kejam.

Divide juga menyimpulkan lagu ini menerusi sebuah video klip yang diarahkan oleh Adrybros (The Marauders). Video ini menunjukkan di mana cerita utamanya adalah tentang sebuah pasukan pembunuh upahan yang ditugaskan di sebuah lokasi yang gelap. Tanpa sedar, mereka juga terjebak dalam sebuah konflik yang membuat mereka menyerang sesama sendiri.

Lust dikerjakan secara kolektif oleh Divide dan Ichal Tofandy yang bertindak sebagai producer, liriknya pula ditulis oleh Dhenaldi Savirio iaitu vokalis Divide, manakala adunan dan mastering dilaksanakan oleh Ichal Tofandy dan Azimuth Mastering.

Buat masa ini, Divide sedang giat menjalankan Golden Legacy Tour bersama Modern Guns dan Undelayed di mana mereka akan melakukan persembahan di serata Indonesia, Singapura dan Malaysia. Persembahan di Malaysia dijadualkan berlangsung pada 20 Ogos ini di Rockin Jamz Hall, Johor Bharu bersama Zerophobia X May Of Scarlet Sinner Menangislah Tour dan 21 Ogos 2022 di Rumah Api, Kuala Lumpur bersama Transitions, Hutch Vs The World, Heavside, Zerophobia dan Consecrate.

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk membeli tiket dan menyaksikan mereka di kedua-dua tarikh ini.

Ikuti perkembangan DIVIDE di:

Facebook
Instagram
Youtube
Spotify

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅