Hasel Cuba Memberi Petanda Menerusi ‘Crush On You’

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1.3K bacaan

Kugiran Brit Rock, Hasel kembali dengan single terbaharu mereka, Crush On You yang kini boleh dinikmati di Spotify, Apple Music, JOOX, YouTube Music dan platform digital lain sejak 25 Julai 2022.

Sedikit pengenalan, Hasel berasal dari Johor Bharu dan ditubuhkan pada tahun 2020 oleh Syah (Gitar Utama) dan Syamim (Dram) kemudiannya disertai Naza (Vokalis dan Gitaris ke-2) serta Danial (Bass).

Crush On You merupakan single yang mentakrifkan Hasel sebagai A New Hasel dan lagu ini ditulis sepenuhnya oleh vokalis, Naza dan bertemakan cinta tak kesampaian. Menurut Naza:

“Lagu ini berkisar tentang seseorang yang ada crush, tapi dia malu or insecure dengan diri sendiri untuk luahkan dekat perempuan tersebut. Lalu aku tuliskan lirik lagu tu dan berharap perempuan tu dengar, tapi tu ah aku pun tak tahu dia dengar ke tak.”

Menurut Naza juga, single ini merupakan sebuah naskah easy listening dan mudah didengari oleh semua lapisan masyarakat tak kira tua atau muda dan mereka juga meletakkan harapan supaya single ini dapat didengari oleh pendengar baharu.

Crush On You mengetengahkan nuansa British Rock yang mempunyai potensi besar dengan struktur lagu yang dinamik dan baik. Permainan instrumen kesemua anggota kedengaran kemas dan kualiti bunyinya juga seimbang dan boleh diterima. Tambahan pula kekuatan vokal dan permainan gitar juga memberi kekuatan yang maksimum dalam trek berdurasi 3 minit ini.

Buat masa ini, mereka sedang dalam proses untuk menyiapkan EP mereka dan Crush on You merupakan salah satu trek daripadanya.

Ikuti perkembangan Hasel di:

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅