Kolaborasi Najmi dan Nawi (Dewataraya) Hasilkan ‘Cahaya,’ Sebuah Naskah Jazz Pop Yang Catchy

oleh Rahmat Mohd Did
1.1K bacaan

Selepas melancarkan single pertama untuk projek solonya bulan lepas, Nawi Zharif (Vokalis Dewataraya) kembali dengan buah tangan baharu, Cahaya hasil kolaborasi bersama Najmi (Gitaris Dewataraya).

Menurut beliau, single yang diluncur serentak di Spotify dan YouTube pada 25 Julai 2021 itu dikarang, disusun dan dirakam sepenuhnya oleh Najmi dan beliau hanya menulis lirik dan menyanyikannya sahaja.

Menurut Najmi pula, beliau telah terlalu selesa mengarang lagu dalam irama rock, pop dan metal, jadi beliau cuba untuk keluar dari zon selesa dan mencuba sesuatu yang baharu. Lagu Cahaya ini adalah kali pertama beliau mengarang lagu yang berirama jazz pop.

Inspirasi lagu Cahaya ini banyak diambil daripada lagu lagu OST animasi jepun seperti band L’Arc-en-Ciel (Jepun) serta lagu-lagu pop melayu 80-an seperti Sheila Majid, Dato’ Jamal Abdillah dan juga Roy.

Najmi memilih untuk berkolaborasi bersama Nawi Zharif kerana mereka telah bekerjasama dalam beberapa lagu lain di dalam dan juga di luar Dewataraya. Persefahaman antara mereka telah memudahkan proses pembikinan lagu ini. Lagu ini telah diadun oleh Emei, seorang sound engineer muda yang sangat berpotensi.

Ikuti mereka di:

Instagram

Nawi Zhariff

Najmi

Twitter

Nawi Zhariff

Najmi

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅