Dream Theater kembali ke Malaysia dalam siri jelajah konsert sempena ulangtahun ke-40 mereka yang berlangsung di Zepp, KL pada 4hb Februari 2026.
Ini kali ketiga mereka datang ke bumi Malaysia sejak 2017 (Filharmonik KLCC) dan 2023 (Zepp, KL). Namun, rata-rata ramai berpendapat konsert ke-3 ini yang terhebat dan paling mantap. Barangkali kerana faktor kemunculan semula Mike Portnoy, drummer tersohor ke dalam line-up (sebelum ini, drummer Mike Mangini).
Apabila dewa-dewa muzik bersimpuh atas pentas, pastinya ia magis yang tidak dapat dinafikan.
Bermula tepat jam 8.00 malam, mereka mengheret penonton ke satu pengalaman sonik muzikal selama 3 jam! (termasuk 20 minit intermisi)
Gandingan Mike Portnoy, John Petrucci (gitar), Myung (bass), keyboard (Jordan Rudess) dan vokalis Labrie memenuhi ruang konsert dengan curahan ‘sound‘ mewah yang berstandard tinggi.
Semua adalah legenda ulung dalam bidang muzik dan 40 tahun adalah tesis pencapaian mereka.
Bagi pemuzik-pemuzik Rock tanahair, nama Dream Theater adalah sumber rujukan utama dalam menentukan tahap permainan dan kemahiran muzikal mereka, benchmark kepada status keberadaan anda dalam arena muzik.
Kebanyakan para peminat yang membanjiri Zepp bersorak seolah-olah menikmati konsert Dream Theater buat pertama kali di Malaysia. Mereka yang hadir bukan hanya dari dalam negara tetapi juga luar negara seperti Singapura, Thailand, Iran dan lain-lain. Ini menunjukkan kepelbagaian dalam meraikan muzik tanpa mengira latar belakang dan kaum.
Walaupun kebanyakan yang hadir telah menginjak usia, namun perkara terbaik yang terjadi dalam konsert ini adalah aspresiasi terhadap muzik berkelas tinggi dan karya-karya agung.
Kemuncak konsert ialah persembahan lagu ‘Octavarium‘ (lagu berdurasi sekitar 13 minit) dengan diikuti oleh Spirit Carries On daripada album epik ‘Scene From The Memory’ (1999).
‘Sound’ yang keluar memang sehebat seperti dalam rakaman asal memberikan kepuasan total kepada semua di ruang konsert.
40 tahun berkecimpung dalam bidang muzik dan menempa prestij adalah pencapaian yang bukan calang-calang. Ia memerlukan disiplin, komitmen dan pengorbanan.
Aksi konsert Dream Theater ini selain memberikan kepuasan kepada para peminat, ia juga menjulang pencapaian humaniti dan kreativiti manusia dalam melahirkan karya-karya bermutu tinggi serta dokumentasi penting peradaban muzik moden.
Kredit: Primuse Entertainment
#ChivasAlexandria
Setlist Konsert (Zepp KL, 4/2/2026)
Act I:
Prelude
(Bernard Herrmann song)
Metropolis Pt. 1: The Miracle and the Sleeper
Act I: Scene Two: I. Overture 1928
Act I: Scene Two: II. Strange Déjà Vu
Act I: Scene Three: I. Through My Words
Act I: Scene Three: II. Fatal Tragedy
The Mirror (with ‘Lie’ solo outro)
The Enemy Inside
Peruvian Skies (with excerpts of “Wish You Were Here” and “Wherever I May Roam)
As I Am
Act II:
In the Arms of Morpheus
Night Terror
Midnight Messiah
Bend the Clock
The Shadow Man Incident
Octavarium
Encore:
Act II: Scene Eight: The Spirit Carries On
Pull Me Under