Kureiji Terus Mengorak Langkah Menerusi ‘Pelangi’

oleh Aniq Ammar Ekhwan
2.9K bacaan

Pada 20 November 2021, Kureiji telah melancarkan single mereka yang ketiga iaitu Pelangi di saluran YouTube mereka.

Kugiran yang berasal dari Ampang ini memulakan perjalanan mereka pada 2020 dan telah mempunyai produk mereka sendiri iaitu Ispurok dan Kita. Dianggotai oleh Amirul Adam (vokal), Izzwan (gitar) dan juga Adam Adrein (dram), mereka ternyata masih muda dan hijau dalam industri muzik Malaysia namun apa yang mengejutkan penulis, mereka sangat berpengalaman seperti telah bermain band 10 tahun kerana menggunakan teknik backing track sequence di gig.

Menurut Izzwan, maksud Kureiji diambil dari Bahasa Jepun iaitu Gila dan merupakan refleksi mereka sebagai sebuah band yang multigenre. Antara sebab mereka bermain sebegitu kerana mereka ingin mencuba pelbagai elemen dalam penulisan lagu dan tidak ingin menjadikan genre sebagai halangan untuk mencuba benda baharu.

Menerusi bedah siasat penulis, Pelangi merupakan produk yang simple, catchy dan pumping. Tidak terhenti di situ, mereka turut menyuntik beberapa DNA seperti pop punk dan heavy metal  membuatkan percaturan mereka diklasifikasikan sebagai ‘barang jadi’ oleh penulis. Menurut Izzwan, Pelangi adalah lagu yang ditujukan khas buat insan yang ingin menyerah kalah dalam perjalanan hidup sehingga ada yang ingin bunuh diri akibat kesempitan jiwa. Disebabkan itu, mereka mendapat  inspirasi dan segalanya bermula dari situ.

“Lagu ni sebenarnya nak bagitahu dekat kawan-kawan dan aku sendiri bahawa walau apapun jadi dan teruk mana pun hidup, aku nak diorang tahu mesti ada hikmah setiap benda tu jadi.”

Untuk hasil produk ini, kualiti yang ditampilkan juga tidak mengecewakan walaupun mereka hanya menjalankan proses rakaman secara kendiri daripada awal produksi hingga ke peringkat adunan dan mastering. Bukan kerana mereka tidak percaya kepada jurutera rakaman di Malaysia, tetapi ingin mendapatkan cap mohor mereka yang tersendiri dan memberi kepuasan maksimum buat mereka.

Menerusi single ini juga, mereka bakal melancarkan merchandise berbentuk Drive Card yang bakal tiba pada pertengahan Januari 2022. Menurut Izzwan:

“Drive Card ni merch kitorang yang pertama,. Kitorang nak something yang agak lain dan unik untuk semua pendengar yang menyokong kami dari awal penubuhan sehingga ke hari ini. Sesiapa yang beli 1st batch merch kitaorang ni akan menjadi VIP Members buat Kureiji di mana mereka akan dapat discount and early access untuk apa yang Kureiji buat sebagai appreciation kami terhadap mereka.”

Kureiji juga dalam proses untuk menyiapkan diri untuk produk yang seterusnya dan dalam rangka pembikinan album yang bakal hadir tidak lama lagi. Mereka juga akan melancarkan beberapa lagu lagi dan bersedia untuk membuat persembahan di gig dan acara di masa akan datang. Sama-samalah kita mendoakan band ini kerana mereka mempunyai masa depan yang cerah dalam industri muzik tanah air dan mereka masih muda. Muka kacak, muzik bagus, lirik bagus: Apa lagi yang rakyat mahukan? Buat penganjur, kalian harus memanggil mereka untuk melakukan persembahan dan menjadikan acara lebih meriah.

Akhir kata penulis, tahniah buat Kureiji atas produk yang memberangsangkan. Semoga kalian terus hidup dan teruskan dalam pembikinan lagu yang bagus. Jumpa kalian di masa akan datang. Adios!!!

Ikuti Kureiji di

Facebook

Instagram

#EkhwanFuentes

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅