Lagu-Lagu Yang Buat Anda Rasa Bersemangat Nak Pergi Mengundi!

oleh Rafidah Rosman
817 bacaan

Kredit: RTM

Nak pergi mengundi pun kena ambil mood juga kan? Sudah tentulah kerana sebagai pengundi, kita mahu memilih calon yang benar-benar mampu memberi manfaat kepada rakyat dalam tempoh yang panjang. Oleh yang demikian, sebagai pecinta muzik, pasti anda memerlukan lagu-lagu yang bersemangat untuk anda mengheret kaki ke pusat mengundi untuk membuang undi.

Di sini, aku cuba pecahkan beberapa lagu yang aku telah pun dengar mengikut beberapa kategori. Yang mana satu pilihan playlist lagu mengundi anda?

Patriotik

Marilah Mengundi – Mohd Hashim Shariff @ Rocky Din

Undilah – Allahyarham Datuk Zainal Alam Zainul Abidin

Gambar Rocky Din, penyanyi lagu Marilah Mengundi. Kredit: Astro Awani

Dalam kategori patriotik, aku memilih lagu Marilah Mengundi nyanyian Mohd Hashim Shariff @ Rocky Din. Lagu ini memang menggamit nostalgia betul. Dari zaman kanak-kanak lagi lagu ini sudah kedengaran di corong-corong radio dan di kaca televisyen. Aku yang ketika itu belum faham lagi erti keluar mengundi pun sering terikut-ikut menyanyi lagu ini. Hingga ke alam dewasa, lagu ini tetap jadi pilihan nombor satu membangkitkan semangat keluar mengundi.

Mainstream

Jom Mengundi – Black, Tomok, Shiha, Ayu Damit

Jom Undi – Era, Floor 88 dan Namie

Moh Mengundi – Harry Khalifah, Muzza & Dyeana Halim

Kredit: Media Prima

Secara jujurnya, semua lagu dalam kategori ini tidak menarik minat aku untuk mendengar berulang kali. Ini pendapat peribadi aku ya, tidak pasti bagaimana pula dengan penggemar muzik yang lain. Tetapi bagi aku, walaupun dah beberapa kali aku terdengar lagu ini secara sengaja atau tidak sengaja, telinga aku masih belum boleh berdamai langsung dengan lagu-lagu ni. Mungkin kalau terdengar masa hari pergi mengundi, ia boleh menyebabkan aku salah pangkah atau menyumbang undi rosak. Hahahahaha…Sayang betul, nama dan suara penyanyi-penyanyi ini bukan calang-calang, tapi entahlah kan… lain orang, lain citarasa. Mungkin korang suka lagu-lagu ni?

Underground/Alternative

Manipulasi Pilihanraya – Dum Dum Tak (2019)

Jom Mengundi – Puteri Khareeza, Shaz & Aqmal

Mengundi – Zed Zaid (2022)

Mengundi (loghat utara)– DJ Ed

Kredit: FB Dum Dum Tak

Untuk kategori ini, lagu dendangan Dum Dum Tak agak sedap dinikmati rongga telinga aku. Lagu ini boleh didapati dalam album Dinoda (2019). Di dalam album ini juga ada lagi lagu-lagu berunsur politik, tapi aku highlight lagu yang ada unsur-unsur tema pilihanraya je lah ya. Aku suka  lagu dia. Ada vibes punk rock international gitu. Lagu Jom Mengundi dendangan Puteri Khareeza, Sahz dan Aqmal juga boleh tahan sedap. Cuma aku tak pasti lagu ni aku nak listkan dalam kategori apa, akhirnya aku pilih dalam kategori personal made. Catchy lagu diorang ni. Confirm kalau dengar takkan salah pangkah. Lagi dua lagu  tu aduhai…. Boleh berdenyut kepala dibuatnya. Tapi takpelah sekurang-kurangnya usaha mereka untuk buat lagu tu kita hargai. Kalau semua lagu sedap, siapa pula kita nak kritik kan?

Parti Politik

PN Tetap Best – Menceceh – Perikatan Nasional

Mari Pakat Kito Tukar – Pakatan Harapan

Ubah – Democration Action Party

Dikir Barat Kelate di Hati – Nyanyian : Adil Gajah Mina Lirik : Abu Amirul (Untuk PAS)

Aduh Malaysia – Altimet

Kredit: Harian Metro

Haaaa… lagu dalam kategori ini boleh dikatakan semua sedap dinikmati. Walaupun ada di antara lagu ini liriknya memang kuat betul meraih undi, tapi memang itu pun tujuan asalnya kan? Yang ini aku tak nak komen lebih-lebih sangat sebab ini web muzik, bukan web politik. Yang pastinya, aku ucapkan syabas pada semuanya sebab berjaya menggunakan medium muzik dengan baik dan sedap tanpa menyakitkan gegendang telinga untuk menyampaikan maklumat.

Favourite

My PRU Way – Azman Naim 44 Mantra

Jika Kau Mengundi Lagi – Azman Naim 44 Mantra

Ikan Kekek Bingai – Azman Naim 44 Mantra

Kredit: KokoKapture

Lagu ini merupakan lagu cover dari Azman Naim Mantra 44. Beliau seperti yang semua sedia maklum, telah viral sewaktu zaman PKP dulu. Liriknya yang menusuk ke sanubari ditambah keenakkannya dengan suaranya yang garau dan manly memang membuat ramai orang terhibur dengan dendangan lagu saudara Azman ini. Begitu bijak beliau menulis lirik-lirik yang menampar tepat ke wajah mereka yang dituju. Pedih gitu… Bagi aku, ciri-ciri suara beliau sebenarnya agak sesuai untuk lagu-lagu patriotik. Beliau ada tone yang tegas tetapi masih tak lari dari ciri-ciri tone yang sedap dinikmati.

Ini adalah lagu-lagu mengundi yang aku dapat listkan. Sekali lagi aku ulangi, ini adalah pendapat peribadi aku sahaja. Apa pula pilihan lagu mengundi anda?

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅