8 Ogos yang lepas adalah tarikh ulang tahun lagu “Live Forever” oleh band berpengaruh England, Oasis. Ia juga merupakan salah satu lagu hits mereka selepas “Don’t Look Back In Anger” dan “Wonderwall”. Sebut sahaja lagu ini, semestinya sudah menjadi sinonim kepada peminat-peminat mereka.
Pelbagai maksud di sebalik lagu yang ramai cuba rungkaikan. Berdasarkan apa penulis tahu, ia sebuah lagu yang merujuk tentang tidak mengaku kalah dalam menghadapi badai kehidupan. “Maybe I don’t really wanna know, how your garden grows, cause I just wanna fly.” Bahagian lirik ini paling menarik bagi penulis kerana ia menghuraikan penyanyi sudah bosan dengan masalah dunia dan ingin terbang bebas daripada masalah yang membelenggu dirinya.
Sebenarnya, banyak fakta-fakta menarik tentang lagu Live Forever. Mari penulis senaraikan, tetapi kami sarankan untuk anda semua memainkan lagu tersebut, bagi menambah mood ketika membaca.
Ditulis semasa Noel sakit kaki ketika bekerja di syarikat pembinaan
Sebelum Noel melebarkan seni muziknya, dia dulu kerja sebagai seorang roadie untuk jelajah konsert Inspiral Carpets, sebuah band yang mempunyai pengaruh genre post-punk dan shoegaze. Lagu “This Is How It Feels” antara lagu popular oleh band ini:
Kepada yang tidak tahu, tugas roadie ialak menjadi krew bantuan semasa jelajah konsert dan turut terlibat dalam mengendalikan atau menguruskan konsert.
Berikut merupakan rakaman yang menunjukkan Noel ketika menjadi ‘roadie’ untuk Inspiral Carpets:
Selain itu, Noel juga bekerja di syarikat pembinaan. Akibat tercedera pada bahagian kaki semasa melakukan pekerjaan, dia telah disuruh untuk membuat kerja ringan di stor. Pada waktu itulah, dia akan menghabiskan waktu lapangnya untuk menulis lirik lagu Live Forever.
Terinspirasi dari lagu “Shine A Light” oleh The Rolling Stones
Siapa sahaja tak kenal The Rolling Stones, kumpulan rock England terkenal selepas The Beatles. Lagu-lagu mereka menjadi inspirasi kepada semua penyanyi dan band dalam pembikinan lagu.
Oasis juga antara band yang menginspirasikan lagu-lagu dari The Rolling Stones, salah satunya ialah lagu Live Forever. Dikatakan lirik lagu dari Shine A Light oleh The Rolling Stones telah dijadikan sebagai sumber rujukan. Dalam sebuah temu bual, noel pernah berkata:
“It was the bit from ‘Shine a Light’ that goes [sings], ‘May the good Lord shine a light on you’”
Berikut merupakan lagu Shine A Light:
Gambar pada CD single Live Forever merupakan gambar rumah John Lennon
Menjadi tanda tanya dan kebingungan kepada semua orang apabila melihat gambar pada CD single Live Forever, “kenapa ada gambar rumah ni?” Bayangkan, tajuk lagu tak berkait rapat dengan gambar tersebut.
Sebenarnya ia adalah gambar rumah zaman kanak-kanak John Lennon di 251 Menlove Avenue di Liverpool. Kepada yang tidak tahu, vokalis dan pemain gitar utama Oasis, Liam Gallagher dan Noel Gallagher sangat mengidolakan John Lennon. Banyak lagu-lagu Oasis yang diinspirasikan daripada lagu-lagu John Lennon, seperti “Don’t Look Back In Anger”.
Menurut Pitchfork, gambar rumah zaman kanak-kanak John Lennon ini mempunyai elemen aspirasi. Kemungkinan ia juga gambar mendatangkan elemen aspirasi sama seperti maksud lagu Live Forever.