The Beatles mulakan sesi latihan di Twickenham Film Studios pada Januari 1969 sebagai sebahagian daripada dokumentari kembalinya mereka ke pentas, kerana sebelum ini mereka tidak lagi membuat persembahan. Paul McCartney menganggap projek tersebut sebagai percubaan untuk menghidupkan semula band dengan kembali ke asas rock n’ roll yang ringkas. Latihan yang difilemkan rasa tidak seronok, membuatkan George Harrison tinggalkan sekejap The Beatles.
Harrison memberi satu syarat kepada anggota lain, mereka harus kembali ke Apple Studio dengan menggunakan khidmat Billy Preston sebagai pemain keyboard. Projek itu menghasilkan satu persembahan di tempat awam, yang diadakan di atas bumbung studio pada 30 Januari 1969, di mana tiga lagu dari album yang belum dikeluarkan dimainkan.
Bulan April berikutnya, The Beatles lancarkan Get Back sebagai single pertama, setelah lagu itu dikeluarkan secara haram/bootleg. Mereka kembali ke Abbey Road Studios pada bulan September untuk langkah seterusnya. Januari 1970, John Lennon meninggalkan band. Anggota yang lain terus menyiapkan album dengan menghabiskan rakaman lagu Let It Be dan I Me Mine. Pada bulan April mereka lancarkan single dengan bantuan produser asal mereka, George Martin.
Get Back akhirnya menggunakan nama album baru Let It Be oleh produser dari US, Phil Spector. Phil mengeluarkan Don’t Let Me Down dan menggantikannya dengan Across the Universe.
Akhirnya pada 8 Mei 1970, 51 tahun lalu, keluarlah Let It Be di pasaran dunia. Sebuah album yang penuh onak dan duri di antara mereka. Bagaimanapun, pengkritik memberitahu, Let It Be bukan album kesukaan ramai, dan album ini menjadi antara salah satu album rock yang paling kontroversi. Apa pendapat kalian tentang album ini?
#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #AnniversaryAlbum #TheBeatles #TheFabFour #LetItBe