Little Things merupakan single terbaharu yang diriliskan oleh WordSmithBandit (WSB) pada 7 Mei 2021 bersempena sambutan Hari Ibu dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Ia adalah single keenam yang diriliskan oleh singer-songwriter ini dan kali ini alunan iramanya lebih kepada nuansa mellow pop-rock dan liriknya menceritakan tentang penghargaan terhadap pekara-perkara kecil yang dapat merapatkan lagi hubungan terhadap insan tersayang.
Di dalam single ini WSB memberikan mesej berbaur “owning your own mistakes and crushing your ego in order to preserve bonds and relationship that matters.”
Single ini juga dizahirkan seperti satu surat kemaafan terhadap ibunya atas kesilapan lampau yang pernah dilakukannya. Lirik video serta bahan yang digunakan sebagai pemasaran diinspirasikan daripada kitaran hubungan antara seorang ibu dan seorang anak dengan memaparkan ilustrasi one line teknik lakaran.
Penulis agak tertarik dengan penulisan lirikal WSB ditambah pula dengan suaranya yang serak basah. Sayangnya durasi single ini tidak panjang jadi susah untuk melayan perasaan. Apa pun, keep it up! tak sabar untuk penulis menunggu rilisan fizikal yang masih belum dapat dijangka keluarannya.
WordSmithBandit adalah alter-ego kepada Fadirul Fais iaitu seorang penyanyi-penulis lagu dari Kuala Lumpur. WSB tidak menetapkan nuansa bagi lagu-lagu yang dihasilkan. WSB kuat dipengaruhi genre rock daripada era 90an. Single pertamanya iaitu Homebound yang dikeluarkan pada April 2020 telah membuatkan WSB terus aktif untuk berkarya dalam menghasilkan bahan lagu-lagu baharu. Kini lagu-lagu WSB telah distrim lebih 100,000 kali oleh para peminat menerusi Spotify dan telah mempunyai 11,800 pengikut di Instagram.
Ikuti WordSmithBandit di: