#KecohRayaTiktok Satukan Barisan Selebriti Bersama Nyalakan Semangat Hari Raya

oleh Muhammad Ridhwan Bin Sa'aya
1.1K bacaan

Walaupun tahun ini merupakan tahun kedua sambutan Hari Raya terpaksa disambut dengan norma baharu, ianya tetap perlu diraikan dengan semangat dan kesyukuran yang sama.

Oleh itu, Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia, ERA dan TikTok menyatukan barisan selebriti terkemuka seperti Alvin Chong, Diana Danielle, Kowachee, USOP, Ara Johari, Daniel, Zahier dan Izzryn untuk membawakan lagu berjudul Kecoh Raya. Lagu ini dianggap berbeza dan lebih moden dari lagu Hari Raya yang biasa kerana ia datang dengan rentak yang rancak serta berkonsepkan elemen ceria dan positif bagi menyuntik kegembiraan kepada para pendengar.

Menurut salah seorang penyanyi lagu ini, USOP, “Sepanjang proses rakaman lagu dan pengambaran muzik video dijalankan, saya berpeluang untuk mengenali kesemua penyanyi dengan lebih rapat dan lagu ini ternyata menyatukan kami semua bersama, bertepatan dengan makna sebenar Hari Raya”.

Kerjasama dengan platform TikTok ini dibuat disebabkan TikTok merupakan platform media sosial paling interaktif masa kini dengan bilangan pengguna yang meningkat saban hari. Melodi dan lirik lagu Kecoh Raya juga sangat mudah diikuti untuk dinyanyi bersama.

Dengan pelancaran lagu dan muzik video ini di semua pelantar digital dan aplikasi penstriman muzik, cabaran #KecohRayaTikTok juga dianjurkan dengan tawaran pelbagai hadiah lumayan menanti pemenang.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅