Gojira: Siapa Kata Muzik Metal Untuk Syaitan?

oleh Fazrul
2.1K bacaan

Imej bersih tapi main Metal. Agak-agak pengikut Syaitan ke?

Baru-baru ni negara kita kecoh dengan satu statement lama yang diviralkan kembali menyatakan terdapat unsur-unsur pemujaan syaitan dalam muzik Rock. Metal? Lagi ekstrim la kot. Muzik keras, hentak kepala macam tak ada otak, rugged style, ganas… Itu antara pandangan kebanyakan netizen di luar sana. Jangan tak percaya, band-band yang bermain dalam genre ni pun ada yang skeptikal pandangannya. Tapi masa zaman muda mudi dulu la. Time noob baru nak kenal dunia. Percaya atau tak, statement ini turut diakui oleh peneraju Metal masakini iaitu GOJIRA dan pendukung utama mereka, Joe Duplantier. Meh aku bagi intro sikit pasal band ni.

GOJIRA, atau Godzilla di kalangan Japanese, diiktiraf antara eksport Perancis yang paling berjaya dalam sejarah muzik US keseluruhannya walau hanya bermain muzik Metal, niche genre yang orang tak ambik tahu sangat berbanding Pop. Pernah menggemparkan dunia muzik pada 2017 apabila terpilih sebagai calon untuk dua kategori utama Rock dalam anugerah Grammy dan ketika itu kebanyakan orang industri tak tahupun siapa mereka ini. To be honest, aku pun baru saja mengenali band ni sekitar tahun 2013 ketika era L’Enfant Sauvage atau dalam bahasa mudahnya The Wild Child. Album ni diilhamkan ketika si penyanyi utama ini baru bergelar bapa dan perasaan yang terlahir dari kejadian tersebut, kemudiannya diterjemahkan ke dalam seni muzik. Dari situ, nama band ni terus meningkat naik dan album-album mereka mendapat sambutan yang menggalakkan.

Berbalik kepada kenyataan Duplantier, beliau pernah merasakan muzik Slayer adalah too evil dan pelik ketika muda remaja tapi akhirnya termakan diri sendiri selepas tertangkap ketagih layan South of Heaven. Perasaan lahiriah ketika beliau mendengar album ini adalah ‘Seram, Mistikal dan Deep.’ Baru umur 13 tahun tapi dah acah-acah deep. Dari situ beliau mula mengenali dan menggali lebih dalam akan genre keras ini dan tertubuhlah GOJIRA pada tahun 1996. Antara band-band yang banyak mempengaruhi acuan muzik mereka adalah otai-otai Metal dahulukala seperti Death, Sepultura, Metallica, Slayer dan tak lupa juga band yang agak semasa, Tool.

Walaupun lirik otai-otai mereka ni banyak berkisarkan tentang keganasan, agama, politik, mitos, penyembahan Syaitan dan macam-macam lagi benda yang pelik (kekadang benar) tapi geng-geng Duplantier ni lebih memberatkan dan mengangkat tema kerohanian, kemanusiaan, kehidupan, dan juga alam sekitar. Ya, alam sekitar. Makanya di sebalik teknik pembawakan death growl dan hard scream ini, terselit sebuah penulisan tulus yang menjurus kepada keharmonian sejagat, cintakan alam sekitar, dan isu-isu semasa yang lain.

Siapa kata muzik Metal tu berkaitan terus dengan Syaitan, Iblis, Jembalang, Kuntilanak, Pocong dan sebagainya? Ada je clean Metal untuk korang dan mak ayah, tok nenek korang layan. Jadi, kalau lepas ni tengah full volume GOJIRA, then parent bising kenapa pasang muzik Syaitan, korang dengan slumber bolehlah jawab tengah menelaah ilmu alam semesta dan kaji bumi. Tak pesong akidahlah! Haha.

p/s: nantikan ulasan album terbaru mereka, FORTITUDE

#MAMY #GOJIRA #SLAYER #Sepultura #Metallica #deathgrowl #metal #environmentallist

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅